Sinergi perdana: Mahfuz cadang kerajaan guna kaedah ‘penyatuan sumber’
Thursday, 25 February 2010 2:34 PM
Oleh Roziyah Mahamad (.(JavaScript must be enabled to view this email address))
KUALA LUMPUR : Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar pagi tadi meminta kerajaan menyatukan sumber yang ada pada FELDA, FELCRA dan RISDA secara komprehensif supaya hasrat menjana ekonomi berskala besar boleh direalisasikan kerajaan seperti yang dirancang kelak.
Permintaan Mahfuz itu sebagai mengulas cadangan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal semalam, iaitu untuk menubuhkan Sinergi Perdana (SP), iaitu satu konsortium pertanian bermodalkan RM300 juta.
“Yang dikatakan penyatuan sumber (pooling of resources) ialah kilang-kilang pemerosesan minyak kelapa sawit, koko dan getah dikongsi secara bersama,” jelasnya.
Dengan menggunakan kaedah tersebut, menurut Mahfuz, sindrom perlaburan berganda (double investment) dalam mengumpulkan modal dan membina prasarana SP yang nyata merugikan wang rakyat boleh dielakkan oleh kerajaan.
“Kalau FELDA sudah mempunyai kilang di tempat Pekan (iaitu kawasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tub Razak) untuk memproses kelapa sawit, maka Felcra dan RISDA boleh menggunakan kilang dan sumber yang sama untuk memproses sumber mentah masing-masing,”
“Ini lebih menjimatkan kos (dalam) membina prasarana dan pengurusan sumber sekali,” jelasnya.
Tambah Mahfuz lagi, dengan kaedah ‘penyatuan sumber’ tersebut sekaligus membolehkan kerajaan menggunakan konsep ‘hukum bilangan besar’ (law of large numbers) dalam aktiviti membeli keperluan asas aktibiti perladangan seperti baja dan jentera-jentera pertanian dapat seragamkan dan menguntungkan rakyat.
“Kalau diguna ’Law of large numbers’ ini bermakna SP boleh membeli baja untuk ketiga-tiga agensi tersebut, maka pembelian sudah tentu dalam jumlah yang lebih banyak.”
“Kalau dah beli baja dan keperluan lain banyak-banyak itu, takkan dengan harga yang sama, tentu lebih murah sebab ada potongan diskaun,” jelasnya.
Bagi Mahfuz, tidak mustahil SP atau Konsortium Baja Nasional Bhd, yakni satu syarikat berkaitan kerajaan (GLC) boleh mempertimbang untuk mendirikan kilang-kilang bajanya sendiri kerana SP umumnya memerlukan lebih banyak baja seperti urea untuk pertanian berskala besar tersebut.
Melihat pada prospek sebegini, Mahfuz berpandangan bahawa industri inovatif seperti menghasilkan baja tersebut boleh menembusi pasaran Asean sekurang-kurangnya.
“Dah ada kilang bajanya sendiri, takkan nak hasilkan baja untuk keperluan SP sahaja, mesti lihat prospek yang lebih besar seperti (pasaran) Asean.”
Dalam pada itu, Mahfuz menasihatkan Shafie dan kementeriannya supaya mengubah paradigme dalam menghadapi cabaran globalisasi pertanian pada kurun ke-21 sekarang.
“Ok, kita dah bangunkan SP sebagai sektor memproses bahan Mentah. Kenapa tidak kita mengubah paradigme kita (supaya) sesuai dengan kurun ini (dengan) globalisasikan pertanian dan bahan mentah kita dengan meneroka pula industri pemoresan & pembuatan makanan,” jelasnya.
Mengambil contoh Nestle, iaitu syarikat pembuatan, pemerosesan & pengedaran makanan global, Mahfuz mendedahkan bahawa Syarikat dari Switzerland tersebut mencatat ‘pulangan pendapatan’ sebanyak USD75 Billion pada pada tahun 2007 sahaja.
Sedangkan, menurut Mahfuz lagi, Nestle tidak mempunyai ladang dan bahan mentahnya sendiri.
“Kita ada hasil bahan mentah sendiri, kalau dirancang, kita boleh pergi lebih jauh dari itu.
Dalam perkembangan berkaitan, Mahfuz turut mengingatkan Shafie supaya penubuhan SP tersebut mesti memberi manfaat kepada kumpulan sasaran yang sebenar, iaitu peneroka, peserta dan pekerja yang terbabit menjayakan SP tersebut.
Beliau juga menasihatkan Shafie supaya tidak mengabaikan projek bernilai RM300 juta yang terperoleh dari wang rakyat.
“Jangan retorik dan buat konsep konsep saja. Selepas (majlis) perasmian dan tandatangan perjanjian dibuat (kemudiannya) dibiar sepi begitu sahaja,” nasihat beliau.
“Kalau betul-betul nak terokasi globalisasi pertanian seperti yang telah pun dibuat Nestle, genggam bara api, (iaitu) falsafah dan perancangan strategik) biar sampai jadi arang.”
KUALA LUMPUR : Naib Presiden Pas Datuk Mahfuz Omar pagi tadi meminta kerajaan menyatukan sumber yang ada pada Felda, Felcra dan Risda secara komprehensif agar hasrat menjana ekonomi berskala besar boleh direalisasikan kerajaan seperti yang dirancang kelak.
Permintaan Mahfuz itu sebagai mengulas cadangan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal semalam, iaitu untuk beliau mahu menubuhkan Sinergi Perdana (SP), iaitu satu konsortium pertanian dengan modal RM300 juta.
"Yang dikatakan penyatuan sumber (pooling of resources) ialah kilang-kilang pemerosesan minyak kelapa sawit, koko dan getah dikongsi secara bersama," jelasnya.
Dengan menggunakan kaedah tersebut, menurut Mahfuz, sindrom perlaburan berganda (double investment) dalam mengumpulkan modal dan membina prasarana SP yang nyata merugikan wang rakyat boleh dielakkan oleh kerajaan.
"Kalau Felda sudah mempunyai kilang di tempat Pekan (iaitu kawasan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak) untuk memproses kelapa sawit, maka Felcra dan Risda boleh menggunakan kilang dan sumber yang sama untuk memproses sumber mentah masing-masing.
"Ini lebih menjimatkan kos (dalam) membina prasarana dan pengurusan sumber sekali," jelasnya.
Tambah Mahfuz lagi, dengan kaedah 'penyatuan sumber' tersebut sekali gus membolehkan kerajaan menggunakan konsep 'hukum bilangan besar' (law of large numbers) dalam aktiviti membeli keperluan asas aktiviti perladangan seperti baja dan jentera-jentera pertanian dapat seragamkan dan menguntungkan rakyat.
"Kalau diguna 'law of large numbers', ini bermakna SP boleh membeli baja untuk ketiga-tiga agensi tersebut, maka pembelian sudah tentu dalam jumlah yang lebih banyak.
"Kalau dah beli baja dan keperluan lain banyak-banyak itu, takkan dengan harga yang sama, tentu lebih murah sebab ada potongan diskaun," jelasnya.
Bagi Mahfuz, tidak mustahil SP atau Konsortium Baja Nasional Bhd, yakni satu syarikat berkaitan kerajaan (GLC) boleh mempertimbang untuk mendirikan kilang-kilang bajanya sendiri kerana SP umumnya memerlukan lebih banyak baja seperti urea untuk pertanian berskala besar tersebut.
Melihat pada prospek sebegini, Mahfuz berpandangan bahawa industri inovatif seperti menghasilkan baja tersebut boleh menembusi pasaran Asean sekurang-kurangnya.
"Dah ada kilang bajanya sendiri, takkan nak hasilkan baja untuk keperluan SP sahaja, mesti lihat prospek yang lebih besar seperti (pasaran) Asean," jelas beliau.
Dalam pada itu, Mahfuz menasihatkan Shafie dan kementeriannya supaya mengubah paradigma dalam menghadapi cabaran globalisasi pertanian pada kurun ke-21 sekarang.
"Kita dah bangunkan SP sebagai sektor memproses bahan mentah. Kenapa tidak kita mengubah paradigme kita (supaya) sesuai dengan kurun ini (dengan) globalisasikan pertanian dan bahan mentah kita dengan meneroka pula industri pemprosesan dan pembuatan makanan," jelasnya.
Mengambil contoh Nestle, iaitu syarikat pembuatan, pemprosesan dan pengedaran makanan global, Mahfuz mendedahkan bahawa syarikat dari Switzerland tersebut mencatat 'pulangan pendapatan' sebanyak USD75 bilion pada pada tahun 2007 sahaja.
Sedangkan, menurut Mahfuz lagi, Nestle tidak mempunyai ladang dan bahan mentahnya sendiri.
"Kita ada hasil bahan mentah sendiri, kalau dirancang, kita boleh pergi lebih jauh dari itu," katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Mahfuz turut mengingatkan Shafie supaya penubuhan SP tersebut mesti memberi manfaat kepada kumpulan sasaran yang sebenar, iaitu peneroka, peserta dan pekerja yang terbabit menjayakan SP tersebut.
Beliau juga menasihatkan Shafie supaya tidak mengabaikan projek bernilai RM300 juta yang terperoleh dari wang rakyat.
"Jangan retorik dan buat konsep konsep saja. Selepas (majlis) perasmian dan tandatangan perjanjian dibuat (kemudiannya) dibiar sepi begitu sahaja," nasihat beliau.
"Kalau betul-betul nak terokasi globalisasi pertanian seperti yang telah pun dibuat Nestle, genggam bara api, (iaitu) falsafah dan perancangan strategik) biar sampai jadi arang."
Kongsi berita ini