Sidang Dun Perak dijadual 30 Mac ini

Tuesday, 02 March 2010 3:28 PM Oleh Roziyah Mahamad (.(JavaScript must be enabled to view this email address))

idang Dun Perak pertama dijadualkan akan diadakan pada 30 Mac ini selepas mahkamah Persekutuan membuat keputusan yang mengistiharkan Zamry Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah. 
"Kelmarin saya terima surat dari Setiausaha Dewan Negeri Perak yang memaklumkan sidang DUN Perak kali yang pertama bagi penggal ke tiga yang akan diadakan pada 30 Mac akan datang," jelas Adun Titi Serong, Khalil Idham Lim dalam blognya. 
Menurut beliau, surat itu juga memaklumkan bahawa DYMM Sultan Perak, Sultan Azlan Shah berkenan mencemar Duli merasmikan perasmian sidang DUN untuk kali ini.
 Dimaklumkan juga satu perbarisan hormat akan diadakan sebelum perasmian dan semua ADUN diarahkan berpakaian istiadat.
"Sidang DUN tersebut diadakan dalam keadaan Mahkamah Persekutuan telah mengesahkan Zambry sebagai MB dan dalam keadaan pertikaian kedudukan Ganesan yang tidak sah perlantikannya.
"Satu mesyuarat penting yang akan diadakan oleh Pakatan Rakyat (PR) pada Jumaat ini berkemungkinan akan memutuskan beberapa perkara penting mengenai sidang tersebut. Sehari selepas itu satu sidang akhbar akan diadakan di Ipoh bagi memaklumkan keputusan yang telah diputuskan," kata beliau. 

KUALA LUMPUR : Sidang Dun Perak pertama dijadualkan akan diadakan pada 30 Mac ini selepas mahkamah Persekutuan membuat keputusan yang mengisytiharkan Zambry Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah. 

"Kelmarin saya terima surat dari Setiausaha Dewan Negeri Perak yang memaklumkan sidang DUN Perak kali yang pertama bagi penggal ke tiga yang akan diadakan pada 30 Mac akan datang," jelas Adun Titi Serong, Khalil Idham Lim dalam blognya. 

Menurut beliau, surat itu juga memaklumkan bahawa DYMM Sultan Perak, Sultan Azlan Shah berkenan mencemar Duli merasmikan perasmian sidang DUN untuk kali ini.

Dimaklumkan juga satu perbarisan hormat akan diadakan sebelum perasmian dan semua ADUN diarahkan berpakaian istiadat.

"Sidang DUN tersebut diadakan dalam keadaan Mahkamah Persekutuan telah mengesahkan Zambry sebagai MB dan dalam keadaan pertikaian kedudukan Ganesan yang tidak sah perlantikannya.

"Satu mesyuarat penting yang akan diadakan oleh Pakatan Rakyat (PR) pada Jumaat ini berkemungkinan akan memutuskan beberapa perkara penting mengenai sidang tersebut. Sehari selepas itu satu sidang akhbar akan diadakan di Ipoh bagi memaklumkan keputusan yang telah diputuskan," kata beliau.

Nota: Era Pakatan boleh dihubungi melalui 03-61850744 / 0745 (Tel.), 03-61850744 (Faks.), atau menerusi editor@erapakatan.com, editorpakatan@gmail.com (Mel-E).

Kongsi berita ini

del.icio.us Favicon Digg Favicon Facebook Favicon Google Favicon LinkedIn Favicon StumbleUpon Favicon TwitThis Favicon

Komen Pembaca