Proses pemutihan untuk jati diri parti - Tian Chua

Wednesday, 03 March 2010 2:16 PM Oleh Mat Zahari Ali (.(JavaScript must be enabled to view this email address))

Kuala Lumpur: PKR akan menjadi parti yang lebih kuat setelah berlaku proses pemutihan dalam menghasilkan pemimpin yang mempunyai jati diri dan tidak berkepentingan peribadi selain memahami insprirasi gabungan PR yang mengutamakan keadilan dan ketelusan dalam segenap peringkat pengurusan dalam mengenengahkan politik pelbagai kaum.

Pengarah Strategik PKR, Tian Chua berkata proses pemutihan yang sedang melanda PKR merupakan satu proses biasa yang berlaku dalam mana-mana pertubuhan politik.

"Kita telah menduga akan berlaku beberapa pemimpin yang akan meninggalkan parti dengan sebeb beberapa tawaran menarik yang ditawarkan oleh BN kepada mama-mana pemimpin PKR ketika kes mahkamah Ketua Umum (Anwar) masih lagi berlangsung.

'Sudah tentu mana-mana pemimpin yang mempunyai kepentingan peribadi yang selama ini mengharapkan parti akan memberikan kekeyaan peribadi akan kecewa dengan dasar ketelusan yang mementingkan integriti dan bukannya dasar kronisme dan puak-puak.

" Kita berharap lebih ramai lagi pemimpin-pemimpin yang mempunyai kepentingan peribadi atau mereka yang mengharapkan kekayaan peribadi meninggalkan parti supaya parti dapat mengenal pasti pemimpin yang berkualiti'" kata beliau yang juga AP Batu.

Menyentuh mengenai tindakan terbaru, AP Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri yang meletak jawatan hari ini dengan alasan tidak setuju dengan pendirian PKR berhubung isu Allah, Tian berkata semua pihak boleh memberikan seribu satu alasan.

"Tidak semua pihak bersetuju dengan apa yang telah diputuskan oleh parti tetapi sebagai sebuah pertubuhan segala keputusan majoriti parti perlu dipatuhi.

"Dizaman Nabi Muhammad dulu pun ketika perjanjian Hudaibiah ramai dikalangan para sahabat Nabi Muhammad tidak bersetuju dengan perjanjian tersebut tetapi tidak ada seorangpun dikalangan sahabat Nabi Muhammad meninggalkan Islam atau termakan pujukan kaum musrikin.

"Begitu juga dalam PKR sekarang, kita mahukan ahli dan pemimpin yang tulin dan bukannya pemimpin yang mudah dibeli dengan harta dan wang ringgit.

'Saya ucapkan terima kasih pada mana-mana yang telah meninggalkan parti dan saya tahu rakyat lebih maklum dan mampu untuk menilai setiap tindakan golongan yang berkepentingan ini," ujar Tian.

Mengenai desas desus yang menyatakan beberapa lagi akan meninggalkan PKR, beliau menganggap kenyataan tersebut datangnya dari mereka yang telah diupah dengan ganjaran tertentu selain untuk membalas dendam.

"Ini yang saya katakan tadi, sekarang adalah masa paling sesuai untuk mendapat ganjaran paling mahal dari BN ketika Anwar masih dalam pembicaraan yang sengaja ditangguh-tangguhkan.

"Tujuan penangguhan ini untuk mengaibkan Anwar selain untuk memperlekeh PKR dan gabungan PR dimata rakyat.' tambah beliau.

Menurut Tian, PKR tetap konsistan dengan dasar-dasar parti dan gabungannya dalam PR.

'Mana-mana pemimpin yang tidak bersetuju dengan dasar-dasar parti dan kesepakatan PR boleh mengadakan perbincangan peribadi dengan mana-mana pimpinan tertinggi parti atau mengambil jalan meninggalkan parti secara berhemah.

Sehubungan itu menurut Tian, PKR bercadang akan menggubal beberapa dasar selepas ini bagi memantapkan parti dan ahli supay tidak lagi terperangkap dengan pemimpin yang mempunyai kepentingan peribadi serta mudah terjebak dengan habuan sogokan.

 

 

Kongsi berita ini

del.icio.us Favicon Digg Favicon Facebook Favicon Google Favicon LinkedIn Favicon StumbleUpon Favicon TwitThis Favicon

Komen Pembaca

sdr pengarang, saya sangatlah bimbang dengan berita penghijrahan anggota parlimen dari pakatan rakyat iaitu KEADILAN mutakhir ini yang mana saya merasakan apakah taktik ini merupakan strategi anwar untuk menerobosi Bn Umno ataupun sememangnya anwar memang bermasalah mengemudikan KEADILAN.

sebabnya ialah apabila kita melihat banyak protes dari akar umbi seolah-olah didiamkan oleh pentadbiran dan juga kepimpinan tertinggi KEADILAN terutama semasa era ianya ditadbir oleh Sallehuddin Hashim. Entahlah bagaimana era Saifuddin Nasution apakah ianya akan berulang juga?.

Umum mengetahui bahawa sesaorang MP jika bermasalah awal-awal lagi mereka tidak akan layak bertanding cuma sedikit sahaja apa yang disitilahkan sebgai calon bidan terjun atau terdesak. Maka apabila mengalih sokong kepada menjadi MP Bebas maka banyaklah desas-desus mengatakan (ada MP yang kalah judi tahi judi nak kan projek tak dapat dan sememangnya mereka perangai Umno sejak awal lagi) dan hal sebegini timbul di kala mereka keluar parti.

Apakah masalah akan selesai dengan menunjukkan jari atau tohmah kepada sesiapa saja yang berani membuat keputusan seperti MP yang keluar itu.

Rakyat yang menyokong pemuafakatan parti pembangkang pada 2008 lalu bimbang jika perkara seperti ini berterusan ianya akan menganggu agenda besar Pakatan Rakyat untuk terus bersaing dengan kerajaan BN dan mengabaikan keperluan asasi untuk slogan ‘dari RAKYAT untuk RAKYAT’ yang hakiki.

Juga kita semua merasakan kebimbangan dengan cara stail Anwar mengemudikan KEADILAN atau PR sendiri dengan mengekalkan stail ‘UMNO’ dan ‘BN” ketika mana beliau pernah popular dan glamour semasa menjawat Timbalan Presiden Umno dan Timbalan Pengerusi BN dahulu.

Sesungguhnya realiti yang sedang berlegar sekarang ini ialah perjuangan yang disemarak sekarang ini banyak ditentukan oleh KEIKHLASAN KEJUJURAN KETERBUKAAN DAN pada muslim ialah LILLAHI TAALA KERANA ALLAH yang mana sesiapa jua yang tidak mempunyai intergriti seperti itu akan tercicir dan tertinggal serta akan terkorban akhirnya.

Pada PAS - perjuangan demi agama dan untuk menegakkan kebenaran mempunyai hubungkaitnya dengan kematian dan akan pasti dipersoalkan oleh ALLAH SWT kelak dan akan sentiasa menjaga halal haram dengan sebaik mungkin dan akan mencapai kemenangan samada di dunia atau di akhirat nanti dan bukan diukur dari jumlah harta kekayaan atau pangkat semasa di dunia ini.

Pada Parti KEADILAN - mereka mengumpul dari kebanyakan pemimpin yang lebih baik dari BN untuk menentang apa yang mereka sifat sebagai para penjenayah perasuah perompak harta negara dan ketidakadailan yang BN lakukan dan bersederhana dalam menangani perkauman agama dan kehidupan harian. Walaupun mereka madani kerana ada Anawr yang Islam - ada Sivarasa yang entah Kristian atau Hindu - William Leong. Boon Chye entah mereka confucius atau apa agama dan mereka ada puluhan anutan agama dan kefahaman kerana ada dikalangan mereka ‘tinggal serumah tanpa kahwin’ ada yang melanggan pelacur juga dan ada yang memangnya minum arak dan berjudi dan sebagainya maka perjuangan mereka terang-terangan adalah duniawi semata-mata (dan jangan terkejut jika antara mereka mungkin juga mengamalkan ‘liwat’ kerana sebahagian penganut faham boleh liwat diluar negara kita ini wujud).

Maknakata kesepaduan Pakatan Rakyat secara umumnya dan amnya adalah sama seperti amalan BN cuma yang berbeza ialah adanya PAS yang membawa obor Islam dan PAS juga terpaksa memperkasakan Unit Penyokong Orang Bukan Islam dalam partinya bagi menyaingi bukan Islam dalam parti2 dalam PR.

Yang demekian juga rasa tidak puashati diluahkan oleh Sdr YB Zul Nordin kononya KEADILAN tidak membela Islam sebagainya dan mahukan PAS UMNO dan sebahagian ahli Muslim dalam KEADILAN bersatu.

GANTIKAN BN DENGAN PR UNTUK memperbaiki negara ini dan meletakkan keadilan sebenar pada tempatnya adalah satu agenda yang akan melalui ranjau dan duri serta onak yang berselirat namun hanya ALLAH Taala sahaja yang akan menentukan masa dan harinya bila ianya akan berlaku.

Sekian Terima Kasih.

By mat mat on 2010 03 04