Polis Gempur Sambutan Ulang tahun ke 2 PR

Monday, 08 March 2010 8:36 AM Oleh Roziyah Mahamad (.(JavaScript must be enabled to view this email address))

KUALA LUMPUR :  Rakyat gempar apabila polis dan 200 anggota Unit Simpanan Persekutuan dikerah menggempur konvensyen ke-2 Pakatan Rakyat (PR).
Dalam kejadian kira-kira jam 9.55 malam tadi, ribuan hadirin yang turun untuk mendengar syarahan dari pimpinan PR terkejut dengan keganasan mendadak ini.
Ketika kejadian berlaku, Anwar bagaimanapun belum tiba di lokasi. Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berjaya diselamatkan, manakala Timbalan Presiden Dr Syed Husin Ali, Naib Presiden PKR Azmin Ali, Naib Presiden Pas Mahfuz Omar berundur dan mengekalkan solidariti mereka dari dalam Kelab Sultan Sulaiman.
Polis memberi alasan bahawa permit ceramah hanyalah untuk di dalam dewan sahaja. Dua trak meriam air dikerah ke lokasi, mendesak orang-ramai mengosongkan padang Kelab Sultan Sulaiman.
Sebaik sahaja Anwar tiba, polis memberi keizinan untuk meneruskan ceramah.
Orang-ramai kini memenuhi segenap ruang dewan, untuk mendengar amanat dari Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim.
Ini adalah kejadian kedua polis menghalang acara PR. Polis malam semalam menghentikan makan malam anjuran DAP di Kepong.
Pada malam ini, dua tahun lalu, PR membentuk kerajaan di empat negeri dan merampas 82 kerusi Parlimen dalam satu kemenangan bersejarah yang menafikan majoriti dua-pertiga Umno-BN.

KUALA LUMPUR : Rakyat gempar apabila polis dan 200 anggota Unit Simpanan Persekutuan dikerah menggempur sambutan ulang tahun ke-2 Pakatan Rakyat (PR).

Dalam kejadian kira-kira jam 9.55 malam tadi, ribuan hadirin yang turun untuk mendengar syarahan dari pimpinan PR terkejut dengan keganasan mendadak ini.

Ketika kejadian berlaku, Ketua umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar bagaimanapun belum tiba di lokasi. Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berjaya diselamatkan, manakala Timbalan Presiden Dr Syed Husin Ali, Naib Presiden PKR Azmin Ali, Naib Presiden Pas Mahfuz Omar berundur dan mengekalkan solidariti mereka dari dalam Kelab Sultan Sulaiman.

Polis memberi alasan bahawa permit ceramah hanyalah untuk di dalam dewan sahaja. Dua trak meriam air dikerah ke lokasi, mendesak orang-ramai mengosongkan padang Kelab Sultan Sulaiman.

Sebaik sahaja Anwar tiba, polis memberi keizinan untuk meneruskan ceramah.

Orang-ramai kini memenuhi segenap ruang dewan, untuk mendengar amanat dari Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim.

Ini adalah kejadian kedua polis menghalang acara PR. Polis sebelum itu telah menghentikan makan malam anjuran DAP di Kepong.

Pada malam semalam, dua tahun lalu, PR membentuk kerajaan di empat negeri dan merampas 82 kerusi Parlimen dalam satu kemenangan bersejarah yang menafikan majoriti dua-pertiga Umno-BN.

Kongsi berita ini

del.icio.us Favicon Digg Favicon Facebook Favicon Google Favicon LinkedIn Favicon StumbleUpon Favicon TwitThis Favicon

Komen Pembaca