KUALA LUMPUR : M Mohan, 37 seorang Penolong Penguasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini atas tuduhan meminta dan bersetuju menerima rasuah daripada seorang suspek siasatan kes rasuah pada Oktober 2009.
Pemuda yang telah berkhidmat selama 15 tahun itu didakwa mengikut Seksyen 16 (a)(B) Akta SPRM 2009, iaitu meminta bagi dirinya suapan bernilai RM250,000 daripada A Sinnaiah sebagai dorongan tidak meneruskan siasatan terhadap suspek yang disyaki memberi rasuah kepada pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Imigresen Malaysia.
Beliau turut didakwa mengikut Seksyen 17 (a) akta sama, iaitu bersetuju menerima suapan RM200,000 daripada Sinnaiah untuk tujuan sama.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu antara 11 pagi hingga 1 tengahari pada 22 Oktober 2009 di pejabat SPRM, Tingkat 14, Plaza Masalam, Shah Alam.
Hakim Azhanis Teh Azman Teh menetapkan tarikh bicara pada 23 hingga 26 Ogos ini.
Nota: Era Pakatan boleh dihubungi melalui 03-61850744 / 0745 (Tel.), 03-61850744 (Faks.), atau menerusi editor@erapakatan.com, editorpakatan@gmail.com (Mel-E).
Kongsi berita ini
SURUHANJAYA PENERIMA RASUAH MALAYSIA JUGA LA TU….SEDANGKAN BOSS2 MEREKA DALAM KERAJAAN MALAYSIA PUN KAKI RASUAH INI KAN PULA ANAK2 DIDIK MEREKA…SIKAP MEREKA LEMAH LEMBUT AJE NAK MENYIASAT..BAPAK BOREK ANAK RINTIK….
TAPI BILA PAKATAN RAKYAT…TIBA2 SIKAP MEREKA CUKUP GANAS LEBIH GANAS DARI GASTAPO MENCARI MAKLUMAT….
YANG DITANGKAP SEKARANG INI SEMUA IKAN BILIS AJE YANG TIDAK MEMPUNYAI KUASA MENGHALANG….
By shafiruddin on 2010 02 20