KUALA LUMPUR : Menteri Besar (MB) Johor, Datuk Abdul Ghani Othman dilaporkan mengadu sakit dada ketika bermain golf di Kelab Golf Diraja Johor (RJCC) kira-kira 8.45 pagi sebelum dikejarkan ke Hospital Pakar Johor untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Setiausaha akhbarnya, Mohd Sa'odi Mat Atar berkata, walaubagaimanapun doktor yang merawatnya, membenarkan MB berusia 64 tahun itu pulang pada 12.56 tengah hari semalam.
"Datuk mengadu sakit dada ketika bermain golf tadi," katanya.
Sejak Pakatan Rakyat memenangi beberapa kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun) di negeri itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 12 yang lalu, MB Johor dan wakil rakyat BN di negeri itu pening kepala bagaimana untuk menjawab soalan PR terutamnya dalam persidangan Dun.
Antara soalan yang kerap ditimbulkan sejak setahun yang lalu ialah berhubung hutang yang ditanggung oleh kerajaan negeri yang mencecah berbilion ringgit.
Ketua Angkatan Muda (AMK) Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor, Zabidie Abas sebelum ini mendedahkan kepada erapakatan.com bahawa Johor bakal muflis pada 2012 kerana sumber pendapatan negeri gagal menampung hutang negeri yang mencecah bilion ringgit.
“Hutang yang terpaksa ditanggung berjumlah RM 3.58 bilion tetapi yang mampu dibayar hanyalah RM 1.5 bilion.
Hampir RM 2.08 bilion jumlah hutang yang tidak mampu dibayar sehingga tahun 2012, ” katanya kepada erapakatan.com ketika di hubungi baru-baru ini.
Berikut pula ialah pendedahan PAS Kota Tinggi, Johor berhubung situasi muflis di negeri itu pada 28 Disember lalu yang turut dibangkitkan dalam persidangan Dun oleh wakil rakyat PAS bersama PR di negeri itu.
Soalan : Bagaimana Johor boleh muflis?
Jawapan : Antara penyebabnya ialah hutang Johor Corporation (JCorp) yang berjumlah RM 4.032 billion.
Soalan : Apa kaitan JCorp dengan kerajaan Negeri Johor?
JCorp merupakan salah sebuah GLC dalam kerajaan negeri.
Soalan : Bagaimana hutang JCorp boleh menyebabkan Johor muflis?
Pada 2002, JCorp telah menerbitkan Bon (surat hutang) berjumlah RM4.032 billion dengan Kerajaan Negeri Johor sebagai penjaminnya.
Tempoh matang bon-bon tersebut adalah pada 2007, 2009 dan 2012.
Dalam sidang DUN Johor 8 September 2009, JCorp telah menebus bayar sebanyak RM393.76 juta (bon yang matang 2007) dan RM694.98 juta (bon yang matang 2009).
Jumlah baki bon yang perlu ditebus pada 31 Julai 2012 adalah RM3.58billion!
Soalan : Bolehkah JCorp membayar hutangnya menjelang 2012?
Keuntungan sebelum cukai JCorp adalah lebih kurang RM600 juta setahun. Diulang "sebelum cukai". Ini bermakna menjelang 2012 , dijangkakan JCorp hanya akan mampu menyediakan RM1.5 billion bagi menebus bayar bon.
Soalan : Apa implikasi kepada kerajaan negeri?
Sebagai penjamin, kerajaan negeri harus menanggung beban hutang JCorp yang tidak mampu dibayar sebanyak RM2 billion. Kegagalan untuk berbuat demikian, kerajaan negeri boleh diheret ke mahkamah dan diisytiharkan MUFLIS!
Soalan : Bolehkah kerajaan negeri menampung hutang JCorp sebanyak RM2 billion?
Dengan keadaan belanjawan defisit (perbelanjaan melebihi pendapatan) yang dialami oleh kerajaan negeri dan nisbah kecairan tunai yang kecil sekitar RM201.53 juta (tunai RM36.37 juta & pelaburan RM165.16 juta), untuk menampung kos pentadbiran sahaja kerajaan negeri dijangkakan mampu bertahan selama 3 bulan.
Soalan : Apakah cara atau jalan yang digunakan oleh kerajaan BN Johor bagi menyelamatkan keadaan?
Menjual aset-aset ataupun hartanah strategik milik rakyat Johor. Antara hartanah yang dipercayai telah dijual ialah:
1. Menara Pejabat Plaza Kotaraya dijual kepada Iskandar Investment Berhad (IIB)
2. Tapak CIQ Stulang juga dijual kepada IIB
Malah jika anda sering melalui jalan Kota Tinggi - Bandar Tenggara, anda mungkin perasan papan tanda Johor Tenggara Oil Palm (JTOP) telah digantikan dengan papan tanda Tradewind. Apakah ini juga bermakna JTOP juga telah dijual?
Soalan : Selepas ini apa pula yang akan dijual?
Aset atau hartanah milik kerajaan negeri dan JCorp adalah sebenarnya milik khazanah dan pusaka rakyat Johor dan bukannya milik UMNO/BN!
Kongsi berita ini
Masya Allah. Tergadai habis. Apalah manusia jenis ini? Tamak haloba.
By Mohd Ariiff on 2010 03 10