Mazlan Aliman ditahan polis kerana ceramah - Ahmad Lutfi Othman

Wednesday, 10 March 2010 9:37 AM Oleh Mohd Ali Bakri

KUALA LUMPUR: Ketua Pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman mengesahkan, bahawa Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Mazlan Aliman telah ditangkap polis semalam dipercayai ada kaitan dengan ceramahnya di Raub, Pahang.

"Mazlan sepatutnya dijadualkan hadir hari ini untuk program muhasabah berhubung isi kandungan dan pengisian akhbar Harakah di Ampang pagi ini, tapi semalam saya mendapat tahu bahawa beliau sudah ditangkap.

"Penangkapan ini sedikit sebanyak menjejaskan program pagi ini," kata beliau ketika ditemui erapakatan.com di sini, hari ini.

Ekoran penangkapan itu, menurut suatu sumber, Mazlan akhirnya dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Raub.

Menurut sumber, Mazlan yang juga Pengerusi Persatuan Anak-Anak Felda Kebangsaan (Anak) berkata, sehingga kini, pihak polis tidak memberitahunya sebab-sebab kenapa beliau ditangkap.

Difahamkan setakat ini, penangkapan tersebut berkait rapat dengan ceramah yang disampaikannya di Felda Klau, Raub baru-baru ini.

Nota: Era Pakatan boleh dihubungi melalui 03-61850744 / 0745 (Tel.), 03-61850744 (Faks.), atau menerusi editor@erapakatan.com, editorpakatan@gmail.com (Mel-E).

Kongsi berita ini

del.icio.us Favicon Digg Favicon Facebook Favicon Google Favicon LinkedIn Favicon StumbleUpon Favicon TwitThis Favicon

Komen Pembaca