KUALA LUMPUR : Gelombang kedua Baca@LRT akan menggegarkan negara semula pada 20 Februari ini. Kurang dari 3 hari, para peminat dan pembaca buku akan bertemu semula dalam kempen siri kedua itu yang bertemakan Sastera.
"Saya dapat maklumat, rakan-rakan Baca@LRT kini merangkumi mereka yang berada di luar Kuala Lumpur. Maklumat terkini menunjukkan ada sahabat kita dari Perak dan Pulau Pinang akan turun untuk melihat bagaimana Baca@LRT dilakukan dan akan membawa idea yang sama untuk diterjemahkan mengikut acuan setempat," jelas penganjur program, Zamri Mohamad.
Menurut beliau, terdapat juga peminat buku tegar yang terdiri dari Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam termasuk warga Malaysia yang pulang dari Jepun semata-mata mahu menyertai Baca@LRT.
"Saya tidak terkejut jika ada kumpulan pembaca akan menggerakkan Baca@Surau, Baca@Feri, Baca@Perahu Tambang di tempat mereka," kata beliau lagi.
Pada 20 Februari ini, peminat dan pengikut Baca@LRT akan membeli tiket dari stesen masing-masing ke LRT Taman Jaya iaitu stesen berhampiran Amcorp Mall.
Tren LRT ini akan bermula dari stesen Gombak pada jam 10.06 pagi dan akan mengambil pembaca di stesen-stesen pilihan mereka.
Sebarang maklumat boleh melayari ruangan Facebook di Baca@LRT.
Nota: Era Pakatan boleh dihubungi melalui 03-61850744 / 0745 (Tel.), 03-61850744 (Faks.), atau menerusi editor@erapakatan.com, editorpakatan@gmail.com (Mel-E).
Kongsi berita ini
Terbuktilah kempen membaca yang digerakkan oleh rakyat lebih persuasif daripada kempen-kempen yang digerakkan oleh jabatan kerajaan dengan menggunakan duit rakyat…..
By Puan Ainon Mohd. on 2010 02 18