KUALA LUMPUR : Bekas wakil rakyat yang tiada daya juang, Mohd Fairus Khairudin akhirnya keluar PKR seterusnya menyertai Umno, suatu parti yang pernah dikutuknya.
Lafaz menyertai Umno yang diucapkan oleh Fairus juga sama dengan skrip yang biasa diucapkan oleh wakil rakyat pengkhianat sebelum ini.
"Saya keluar daripada PKR atas dasar hilang kepercayaan kepada pucuk pimpinan parti tersebut," katanya semalam.
Sepertimana yang berlaku terhadap wakil rakyat di Perak, Fairus turut dikaitkan dengan skandal rasuah di Pulau Pinang semasa bergelar Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang.
Beberapa minggu lalu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggugurkan tuduhan rasuah terhadapnya yang dikaitkan dengan aktiviti kuari haram di Pulau Pinang.
Keluarnya Fairus daripada PKR, adalah sesuatu yang pasti menggembirakan bukan hanya Umno, tetapi juga PKR sendiri.
Namun, kegembiraan PKR berbeza dengan Umno yang akan memungut siapa sahaja pemimpin bermasalah asalkan sanggup menjadi 'orang suruhan' Umno.
Berbanding PKR, mereka yang menyertai PKR terdiri daripada mereka yang berprinsip seperti mana yang dilakukan oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menter berkaitan undang-undang, Datuk Zaid Ibrahim.
Beliau menyertai PKR ketika memegang jawatan menteri dan meletak jawatan kerana mempertahankan pandangannya bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) wajar dihapuskan.
Berbanding Fairus yang menyertai Umno selepas tiada jawatan dalam parti dan kesnya 'ditutup' SPRM beberapa minggu lalu.
SPRM yang sebelum ini kerap dilihat memihak kepada BN turut menutup kes melibatkan pengerusi BN Melaka, Mohd Ali Rustam berhubung politik wang dalam pemilihan Umno.
Nota: Era Pakatan boleh dihubungi melalui 03-61850744 / 0745 (Tel.), 03-61850744 (Faks.), atau menerusi editor@erapakatan.com, editorpakatan@gmail.com (Mel-E).
Kongsi berita ini