KUALA LUMPUR: Kerajaan Barisan Nasional menolak suara demokrasi di sekolah di seluruh negara apabila melarang mana-mana Pengetua dan Guru Besar sekolah di negara ini mengadakan pilihan raya murid bagi memilih wakil mereka.
Menurut Timbalan Menteri Pelajaran merangkap Ketua Pemuda MCA, Wee Ka Siong, arahan itu dikeluarkan sendiri oleh bosnya, yang juga Menteri Pelajaran merangkap Timbalan Pengerusi BN, Muhyiddin Yassin melalui surat pekeliling yang diedarkan di semua sekolah sejak minggu lalu.
"Timbalan Perdana Menteri sudah bagi arahan supaya jangan terbawa-bawa budaya pemilihan di dalam sekolah. Tak perlu bagi mereka pilih ketua murid, biarlah sekolah dan pengetua tentukan siapa yang layak," katanya kepada media semalam.
Antara sekolah yang melaksanakan pilihan raya murid sebelum ini ialah Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail 1 (SKTTDI1) apabila pemilihan ketua muridnya dikendali dan dipantau sepenuhnya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Wilayah Persekutuan pada 11 Januari lalu.
Pemilihan itu menyaksikan pertandingan lima penjuru yang melibatkan murid Tahun Enam, meriah dengan semua calon serta penyokong masing-masing berkempen pada saat akhir bagi meraih undi sebelum pengundian bermula jam 11 pagi dan berakhir 1 tengah hari.
Khairul Azli Khairul Razi diumumkan pemenang dengan memperoleh 365 undi, mengalahkan pencabar terdekatnya, Alia Suraya Ahmad yang mendapat 281 undi, sekali gus dilantik penolong ketua murid.
Kongsi berita ini
Sememangnya sistem pendidikan Malaysia mempunyai sasaran melahirkan generasi lembu dicucuk hidung. Kalau sudah A jawapannya maka A lah yang harus dijawab oleh pelajar. Pelajar tidak mempunyai pilihan untuk menjawab B, C atau D.
Begitulah dalam sistem pengundian pilihan raya. Jika kerajaan menyatakan calon BN seharusnya dipilih, maka seandainya jika rakyat memilih Pakatan Rakyat maka kerajaan tanpa segan silu kata pilihan rakyat salah. Kerana itulah mentaliti pelajar kita tidak akan sampai ke mana, kaku dan jumud.
By wan simunjan on 2010 03 07