Bantahan PRK di UKM dibuka sehingga 5 petang ini

Monday, 01 February 2010 10:52 AM Oleh Mohd Ali Bakri

KUALA LUMPUR : Warga mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) boleh mengemukakan bantahan mereka berhubung perjalanan pilihan raya kampus (PRK) di pejabat pentadbiran kampus tersebut sehingga jam 5 petang ini.

Hal tersebut dinyatakan Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Muhammad Hilman Idham dalam kenyataannya kepada erapakatan.com baru-baru ini.

Sementara keesokannya, tambah beliau, penjelasan berhubung bantahan tersebut akan disuarakan oleh Naib Canselor kampus tersebut.

Kumpulan Pro Mahasiswa (Pro M) Universiti Malaya (UKM) dan UKM adalah antara kampus yang telah mendesak secara keras untuk menangguhkan keputusan PRK pada 28 Januari lalu.

Selian itu, mereka turut mendesak agar PRK dilaksanakan semula mengikut kaedah dan saluran biasa, iaitu tanpa melalui sistem undian elektronik yang banyak menimbulkan keraguan dan masalah 'server' sebelum ini.

Ekoran desakan keras dan bantahan luar biasa itu, pihak pentadbiran kampus terpaksa menangguhkan keputusan PRK tersebut.

Sidang Media Pro M dan MiSi - 10


Dalam perkembangan lain, pihak Pro M Nasional dijangka akan mengadakan suatu sidang media berhubung perkembangan PRK yang terkini.

"Pro M Nasional - MiSi 10 akan membuat suatu sidang media berhubung pencapaian di semua kampus, dan bantahan mereka ke atas penyelewengan yang berlaku dalam pilihan raya kampus baru-baru ini.

"Sidang media tersebut akan diadakan di Akademi Pengajian Islam (APIUM) pada 2 petang ini," kata Muhammad Hilman.

Nota: Era Pakatan boleh dihubungi melalui 03-61850744 / 0745 (Tel.), 03-61850744 (Faks.), atau menerusi editor@erapakatan.com, editorpakatan@gmail.com (Mel-E).

Kongsi berita ini

del.icio.us Favicon Digg Favicon Facebook Favicon Google Favicon LinkedIn Favicon StumbleUpon Favicon TwitThis Favicon

Komen Pembaca