PRU12 tahun ini?
Nota Kaki bersama Jeff Ooi
Selamat Menyambut Tahun 2010. Namun, barang siapa yang menduga Pilihan Raya Ke-12 akan terjadi pada tahun ini, maka itu igauan siang hari.

Ada asas-asas kukuh kenapa saya kata begitu dan saya cuba membincangkan isu ini dengan berpaksikan sudut ekonomi negara dan mengelak daripada membuat kupasan menerusi kanca politik.
PEMULIHAN EKONOMI MASIH BELUM KENTAL.
Pada tahun 2008, ekonomi sedunia dilanda tsunami kewangan yang berkisar di Amerika Syarikat dan Eropah dan kesan negatifnya merebak ke ufuk timur, termasuk Malaysia.
Pada tahun 2009, berbagai-bagai rancangan rangsangan digagas dan dilaksanakan di kebanyakan ekonomi utama di seluruh dunia, namun kesannya berbeza-beza. Negara-negara yang teruk berhutang terus berhutang, dan keadaan celaka ini merangkumi Amerikat Syarikat, salah satu rakan niaga utama bagi negara kita. Selagi Barack Obama masih pening kepala dengan ekonomi domestik di negaranya, maka selagi itulah keluaran ekspot kita ke AS bagaikan telur yang terletak di hujung tanduk. Masih merbahaya.
Oleh itu, jika kita ingin menduga maka tahun 2010 merupakan titik bermula bagi satu dasawarsa baru yang harus kita mencari transformasi model ekonomi bagi Malaysia, dan proses berkenaan harus dipesatkan dengan sedaya yang boleh.
BERKUATKUASA ACFTA
Sesaat sesudah 1 Januari menjelma, masyarakat perdagangan dan perindustrian Malaysia harus berhadapan dengan satu gejala ekonomi baru, iaitu dasar “Cukai Sifar” bagi Wilayah Dagang Bebas ASEAN-China (ACFTA).
Menurut perjanjian ACFTA, kadar cukai antara enam negara ASEAN utama bersama China telah dijadualkan susut secara beransur mulai tahun 2004, dan bidang penurunan cukai turut diperluaskan pada 2005, 2007 dan 2009. Mulai 2010, wilayah cukai bebas rantauan ini akan termaktub secara rasminya, di mana lebih 93 peratus barangan yang diperdagangkan telah mencecah kadar cukai sifar. Piawaian baru ini mendatangkan kesan kepada 5,000 hingga 10,000 item barangan, termasuk kategori-kategori barangan yang lazim diberi perlindugan cukai.
Soalnya: Bolehkah barangan ekspot dan impot Malaysia bertahan jika diuji dalam keadaan tanpa perlindungan? Inilah satu soalan daya saing antarabangsa yang akan menentukan keutuhan ekonomi Malaysia yang dalam pasaran global. Dalam persaingan global, sesebuah ekonomi itu harus mantap dan kental meskipun tanpa perlindugan cukai yang memihak kepada industri tempatan seperti industri kenderaan. Dengan lain kata, jika Proton dapat bersaing tanpa perlindungan tarif dengan kereta-kereta Toyota dan Honda buatan Thailand, maka berjayalah Malaysia walaupun ACFTA sudah mula berkuatkuasa.
CUKAI SIFAR AKAN MEMBERI IMPAK KEPADA I.K.S.
Dari sudut jangkamasa singkat dan sederhana, nampaknya keadaan cukai sifar ekoran pelaksanaan ACFTA itu akan mendatangkan impak besar kepada industri kecil sederhana (IKS) yang menumpukan pasaran domestik di Malaysia.
Mereka ini terdiri daripada pemain-pemain dalam sektor makanan, logam, jentera, besi, perabut, kasut dan alatganti kenderaan. Pada jangkamasa singkat, mereka yang tidak sempat melupuskan stok simpanan menjelang 2010 akan menghadapi cabaran harga kerana stok baru akan masuk dengan insentif cukai sifar.
Dalam pada itu, kumpulan-kumpulan dagang gergasi akan turut mengambil kesempatan untuk membawa masuk stok-stok baru secara sifar cukai, dan menawarkan harga lebih menarik bagi barangan siap maupun bahan-bahan asli. Ini tetap menjejaskan IKS tempatan yang terperangkap dalam keadaan tersebut, walhal nampaknya kerajaan tidak banyak mempersediakan IKS kita untuk memerangi cabaran ini secara proaktif.
Maupun begitu, golongan yang berutung daripada keadaan tersebut adalah para pengguna.
BELANJAWAN YANG KURANG DISENANGI.
Terdapat beberapa pendekatan belanjawan yang mendatangkan pelbagai kesan kepada berbagai-bagai sektor perdagangan. Ada dasar-dasar yang disambut baik, dan terdapat juga dasar-dasar yang dikritik.
Di antara dasar-dasar yang disambut baik termasuk kebenaran bagi para pencarum KWSP untuk mengeluarkan wang simpanan akaun kedua untuk membeli rumah kediaman kedua. Kelompok pekerja yang membayar cukai juga menyahut baik lebihan potongan cukai sebanyak RM1,000 bagi skim simpanan yang mereka carumkan dalam syarikat-syarikat insurans.
Sebalik itu, terdapat keluhan dan bantahan padat daripada golongan berpendapatan sederhana, terutama isu cukai perkhidmatan sebanyak RM50 terhadap kad kredit persendirian. Di samping itu, ramai juga yang tidak bersetuju dengan keputusan kerajaan melarang pendatang asing dan pelajar-pelajar asing untuk bekerja sebagai petugas barisan hadapan di restoran, pusat penjaja, stesen minyak, lapangan terbang, kelab gof dan kelab riadah.
Kesemua gejala ini membayangkan satu pola ekonomi pasca krisis kewangan 2007 yang masih belum membawa sebarang transformasi baru yang boleh memantapkan ekonomi negara.
Lebih-lebih pula, harga tepung gandum dan gula telah dinaikkan dengan ketara meskipun rakyat jelata, terutamanya mereka yang berpendapatan sederhana di kota, masih belum sempat menstabilkan perhitungan pelanjawan rumahtangga setelah mengharungan kelembapan ekonomi tahun lepas.
Dewasa kini, sebanyak 60 peratus wilayah pengundi adalah berpusat di kawasan bandar, dan merekalah yang paling merasa tersempit dalam keadaan pemulihan ekonomi pada dua tahun yang lepas.
Jika begitu, beranikah Najib membubarkan kerajaan pusat dan memanggil PRU12 pada tahun ini? Saya masih percaya bahawa ilham Najib untuk memanggil PRU12 masih terikat kepada prestasi ekonomi 2010.
Ada asas-asas kukuh kenapa saya kata begitu dan saya cuba membincangkan isu ini dengan berpaksikan sudut ekonomi negara dan mengelak daripada membuat kupasan menerusi kanca politik.
Pemulihan Ekonomi Masih Belum Kental
Pada tahun 2008, ekonomi sedunia dilanda tsunami kewangan yang berkisar di Amerika Syarikat dan Eropah dan kesan negatifnya merebak ke ufuk timur, termasuk Malaysia.
Pada tahun 2009, berbagai-bagai rancangan rangsangan digagas dan dilaksanakan di kebanyakan ekonomi utama di seluruh dunia, namun kesannya berbeza-beza. Negara-negara yang teruk berhutang terus berhutang, dan keadaan celaka ini merangkumi Amerikat Syarikat, salah satu rakan niaga utama bagi negara kita. Selagi Barack Obama masih pening kepala dengan ekonomi domestik di negaranya, maka selagi itulah keluaran ekspot kita ke AS bagaikan telur yang terletak di hujung tanduk. Masih merbahaya.
Oleh itu, jika kita ingin menduga maka tahun 2010 merupakan titik bermula bagi satu dasawarsa baru yang harus kita mencari transformasi model ekonomi bagi Malaysia, dan proses berkenaan harus dipesatkan dengan sedaya yang boleh.
Berkuatkuasa ACFTA
Sesaat sesudah 1 Januari menjelma, masyarakat perdagangan dan perindustrian Malaysia harus berhadapan dengan satu gejala ekonomi baru, iaitu dasar “Cukai Sifar” bagi Wilayah Dagang Bebas ASEAN-China (ACFTA).
Menurut perjanjian ACFTA, kadar cukai antara enam negara ASEAN utama bersama China telah dijadualkan susut secara beransur mulai tahun 2004, dan bidang penurunan cukai turut diperluaskan pada 2005, 2007 dan 2009. Mulai 2010, wilayah cukai bebas rantauan ini akan termaktub secara rasminya, di mana lebih 93 peratus barangan yang diperdagangkan telah mencecah kadar cukai sifar. Piawaian baru ini mendatangkan kesan kepada 5,000 hingga 10,000 item barangan, termasuk kategori-kategori barangan yang lazim diberi perlindugan cukai.
Soalnya: Bolehkah barangan ekspot dan impot Malaysia bertahan jika diuji dalam keadaan tanpa perlindungan? Inilah satu soalan daya saing antarabangsa yang akan menentukan keutuhan ekonomi Malaysia yang dalam pasaran global. Dalam persaingan global, sesebuah ekonomi itu harus mantap dan kental meskipun tanpa perlindugan cukai yang memihak kepada industri tempatan seperti industri kenderaan. Dengan lain kata, jika Proton dapat bersaing tanpa perlindungan tarif dengan kereta-kereta Toyota dan Honda buatan Thailand, maka berjayalah Malaysia walaupun ACFTA sudah mula berkuatkuasa.
Cukai Sifar Akan Memberi Impak Kepada I.K.S.
Dari sudut jangkamasa singkat dan sederhana, nampaknya keadaan cukai sifar ekoran pelaksanaan ACFTA itu akan mendatangkan impak besar kepada industri kecil sederhana (IKS) yang menumpukan pasaran domestik di Malaysia.
Mereka ini terdiri daripada pemain-pemain dalam sektor makanan, logam, jentera, besi, perabut, kasut dan alatganti kenderaan. Pada jangkamasa singkat, mereka yang tidak sempat melupuskan stok simpanan menjelang 2010 akan menghadapi cabaran harga kerana stok baru akan masuk dengan insentif cukai sifar.
Dalam pada itu, kumpulan-kumpulan dagang gergasi akan turut mengambil kesempatan untuk membawa masuk stok-stok baru secara sifar cukai, dan menawarkan harga lebih menarik bagi barangan siap maupun bahan-bahan asli. Ini tetap menjejaskan IKS tempatan yang terperangkap dalam keadaan tersebut, walhal nampaknya kerajaan tidak banyak mempersediakan IKS kita untuk memerangi cabaran ini secara proaktif.
Maupun begitu, golongan yang berutung daripada keadaan tersebut adalah para pengguna.
Belanjawan Yang Kurang Disenangi
Terdapat beberapa pendekatan belanjawan yang mendatangkan pelbagai kesan kepada berbagai-bagai sektor perdagangan. Ada dasar-dasar yang disambut baik, dan terdapat juga dasar-dasar yang dikritik.
Di antara dasar-dasar yang disambut baik termasuk kebenaran bagi para pencarum KWSP untuk mengeluarkan wang simpanan akaun kedua untuk membeli rumah kediaman kedua. Kelompok pekerja yang membayar cukai juga menyahut baik lebihan potongan cukai sebanyak RM1,000 bagi skim simpanan yang mereka carumkan dalam syarikat-syarikat insurans.
Sebalik itu, terdapat keluhan dan bantahan padat daripada golongan berpendapatan sederhana, terutama isu cukai perkhidmatan sebanyak RM50 terhadap kad kredit persendirian. Di samping itu, ramai juga yang tidak bersetuju dengan keputusan kerajaan melarang pendatang asing dan pelajar-pelajar asing untuk bekerja sebagai petugas barisan hadapan di restoran, pusat penjaja, stesen minyak, lapangan terbang, kelab gof dan kelab riadah.
Kesemua gejala ini membayangkan satu pola ekonomi pasca krisis kewangan 2007 yang masih belum membawa sebarang transformasi baru yang boleh memantapkan ekonomi negara.
Lebih-lebih pula, harga tepung gandum dan gula telah dinaikkan dengan ketara meskipun rakyat jelata, terutamanya mereka yang berpendapatan sederhana di kota, masih belum sempat menstabilkan perhitungan pelanjawan rumahtangga setelah mengharungan kelembapan ekonomi tahun lepas.
Dewasa kini, sebanyak 60 peratus wilayah pengundi adalah berpusat di kawasan bandar, dan merekalah yang paling merasa tersempit dalam keadaan pemulihan ekonomi pada dua tahun yang lepas.
Jika begitu, beranikah Najib membubarkan kerajaan pusat dan memanggil PRU12 pada tahun ini? Saya masih percaya bahawa ilham Najib untuk memanggil PRU12 masih terikat kepada prestasi ekonomi 2010.
Kongsi berita ini