Pakatan Muafakat Rakyat Hebat
Shamsul Iskandar Menulis
Salam Muafakat.
Saudara-saudari yang dikasihi sekalian, hari ni saya diminta untuk membahaskan atau mengungkapkan persoalan pilihanraya. Tapi sebelum saya pergi lebih jauh lagi tentang pilihanraya, saya ingin mengulas sedikit tentang kes yang terbaru,semalam. Hari ini, Saudara Khairul Anuar aka Jonah dan Azizi, teman saya dan juga merupakan anak muda yang kaya dengan idealisme telah dilokapkan sehingga ke hari Isnin.
Apakah alasan mereka ditahan ? Alasan polis ialah kerana mereka dituduh mengedarkan memorandum yang diterbitkan oleh Angkatan Muda Keadilan Malaysia mengajak rakyat untuk memperkasa dan memartabatkan mahkamah syariah dengan menyegerakan prosiding Qazaf terhadap Saiful Bukhari. Bila kita persoalkan tindakan pasukan polis yakni kesalahan dan tangkapan di bawah peruntukan mana ? Respons pasukan polis pada mulanya ialah kesalahn di bawah ‘Akta Mesin Cetak dan Penerbitan’. Saya tegaskan kepada pasukan polis, ini bukan surat layang. Ini Memorandum AMK (Angkatan Muda Keadilan). Kemudian pihak polis kata, “Oh, mungkin mereka silap”. Mereka semak undang-undang semula. Di sana ada Akta Hasutan. Polis kemudiannya membuat kesimpulan untuk menggunakan Akta Hasutan.
Apa seksyennya ? Seksyen 4 Akta Hasutan. Saudara-saudari tahu peruntukan apa Seksyen 4 ini ? Ianya banyak pecahan. Pihak polis menuduh AMK mengedar memorandum ataupun kandungan yang menghasut rakyat untuk membenci kerajaan. Ia, sememangnya kita ingin menghasut rakyat untuk membenci kerajaan BN. Sejak bila pula kita mengajak rakyat untuk menyokong Barisan Nasional ? Sebab itu saya tegaskan kepada pasukan polis, “Jangan jadi alat dan perkakas kepada kerajaan Umno-Barisan Nasional”.
Saya dan pimpinan Pemuda Pakatan pada hari ini menyatakan pendirian, mulai hari ini kita akan terus-menerus menghasut rakyat sehingga kerajaan yang baru tertegak di Putrajaya.
PR parti orang muda
Hari ini pimpinan kita sering bercakap mengenai golongan muda. Inilah semangat yang kita mahukan. Di dalam Pakatan, kalau betul hari ini adalah ‘hari lahir’ Pakatan, Pakatan Rakyat baru 1 hari. 20 tahun yang akan datang, umur Pakatan 20 tahun. Masih lagi muda.
Maknanya Pakatan Rakyat ini parti untuk orang muda. Kita mesti mempunyai tekad pada hari ini bahawa yang ingin kita lahirkan untuk negara kita Malaysia hari ini adalah kelompok pemimpin pemuda yang kita anggap sebagai ‘The Powerful Youth’.
Angkatan pemuda yang perkasa, bukan pemuda yang lemah macam pemuda BN. Kita mesti gerakkan rakyat dan tegaskan bahawa ini masanya orang muda memimpin negara ini. Saya ingin cadangkan kepada pimpinan di peringkat pusat, Insha Allah pada pilihanraya yang akan datang nanti untuk angkat lebih ramai lagi pimpinan muda menjadi calon pilihanraya. Saya tidak bercadang untuk tetapkan 30%, 40%, saya kurang setuju. Kalau boleh 90%, calon-calon muda lagi baik sebab kalau 30% ini terlalu sedikit sikit.
Saya tegaskan ini sebab apa saudara-saudari, sebab kita ada contoh. Contoh pemimpin-pemimpin yang lama usianya dalam parti ini, ramai yang melompat. Yang melompat ini, tiada ada sorang pun dari kalangan pemimpin muda.
Sebab itu kita minta pimpinan Pakatan Rakyat ambil ini sebagai satu perhatian, sebab di luar sana, ada 4.5 juta rakyat yang belum lagi mendaftar menjadi pengundi.
pendaftaran pengundi
Mari kita teliti fakta yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) baru-baru ini, di negeri Selangor misalnya ada lebih kurang 41 ribu pengundi yang baru mendaftar, di Perak 35 ribu pengundi baru.
Persoalannya adakah pengundi-pengundi baru ini kita yang usahakan untuk mendaftar? Kalau bukan kerana usaha kita, maka kita akan ada masalah. Memang betul, waktu pilihanraya akan datang kita boleh gerakkan emosi dan semangat rakyat, tetapi kalau semua yang didaftarkan ini di bawah kawalan UMNO-BN, apa jaminan kita akan menang dalam pilihanraya yang akan datang ?
Saudara-saudari yang dikasihi sekalian, Saya ingin menyatakan satu perkara, saya minta rakan-rakan yang muda di dalam dewan ini, mari kita bangun, tunjukkan kepada pimpinan komitmen kita, bersama-sama kita ikrar, menyatakan pendirian pada petang ini. Mari kita bangun. Tunjukkan hasrat dan azam kita, yang mana terasa muda pun boleh bangun.
Kami,
Anak Muda Malaysia,
Berikrar,
Akan pertahankan dasar Pakatan Rakyat
Akan pertahankan Agenda Ketuanan Rakyat
Akan pertahankan Agenda Keadilan untuk Semua
Inilah janji kami
Kita muafakat, rakyat hebat
Kita muafakat, rakyat hebat
Kita muafakat, rakyat hebat
Inilah yang saya sebutkan sebagai ‘The Orange Revolution’. Kalau warna oren sewaktu dulu di Ukraine, boleh menjatuhkankerajaan yang zalim, warna oren di dalam dewan di negeri Selangor ini tentunya nanti akan menjatuhkan kerajaan zalim Umno-BN
Dari Rakyat untuk rakyat
Datang bersidang cari muafakat
Hasrat murni membawa berkat
Menjunjung tinggi Pakatan Rakyat
(sedutan dari transkrip ucapan saya yang telah diedit untuk kesesuaian pembaca semasa membahaskan dasar Pakatan Rakyat mengenai Pilihanraya bersempena dengan Konvensyen Sulung Pakatan Rakyat pada 18 Disember 2009 yang lalu)
Apakah alasan mereka ditahan? Alasan polis ialah kerana mereka dituduh mengedarkan memorandum yang diterbitkan oleh Angkatan Muda Keadilan Malaysia mengajak rakyat untuk memperkasa dan memartabatkan mahkamah syariah dengan menyegerakan prosiding Qazaf terhadap Saiful Bukhari. Bila kita persoalkan tindakan pasukan polis yakni kesalahan dan tangkapan di bawah peruntukan mana? Respons pasukan polis pada mulanya ialah kesalahn di bawah ‘Akta Mesin Cetak dan Penerbitan’. Saya tegaskan kepada pasukan polis, ini bukan surat layang. Ini Memorandum AMK (Angkatan Muda Keadilan). Kemudian pihak polis kata, “Oh, mungkin mereka silap”. Mereka semak undang-undang semula. Di sana ada Akta Hasutan. Polis kemudiannya membuat kesimpulan untuk menggunakan Akta Hasutan.
Apa seksyennya ? Seksyen 4 Akta Hasutan. Saudara-saudari tahu peruntukan apa Seksyen 4 ini ? Ianya banyak pecahan. Pihak polis menuduh AMK mengedar memorandum ataupun kandungan yang menghasut rakyat untuk membenci kerajaan. Ia, sememangnya kita ingin menghasut rakyat untuk membenci kerajaan BN. Sejak bila pula kita mengajak rakyat untuk menyokong Barisan Nasional ? Sebab itu saya tegaskan kepada pasukan polis, “Jangan jadi alat dan perkakas kepada kerajaan Umno-Barisan Nasional”.
Saya dan pimpinan Pemuda Pakatan pada hari ini menyatakan pendirian, mulai hari ini kita akan terus-menerus menghasut rakyat sehingga kerajaan yang baru tertegak di Putrajaya.
PR parti orang muda
Hari ini pimpinan kita sering bercakap mengenai golongan muda. Inilah semangat yang kita mahukan. Di dalam Pakatan, kalau betul hari ini adalah ‘hari lahir’ Pakatan, Pakatan Rakyat baru 1 hari. 20 tahun yang akan datang, umur Pakatan 20 tahun. Masih lagi muda.
Maknanya Pakatan Rakyat ini parti untuk orang muda. Kita mesti mempunyai tekad pada hari ini bahawa yang ingin kita lahirkan untuk negara kita Malaysia hari ini adalah kelompok pemimpin pemuda yang kita anggap sebagai ‘The Powerful Youth’.
Angkatan pemuda yang perkasa, bukan pemuda yang lemah macam pemuda BN. Kita mesti gerakkan rakyat dan tegaskan bahawa ini masanya orang muda memimpin negara ini. Saya ingin cadangkan kepada pimpinan di peringkat pusat, Insha Allah pada pilihanraya yang akan datang nanti untuk angkat lebih ramai lagi pimpinan muda menjadi calon pilihanraya. Saya tidak bercadang untuk tetapkan 30%, 40%, saya kurang setuju. Kalau boleh 90%, calon-calon muda lagi baik sebab kalau 30% ini terlalu sedikit sikit.
Saya tegaskan ini sebab apa saudara-saudari, sebab kita ada contoh. Contoh pemimpin-pemimpin yang lama usianya dalam parti ini, ramai yang melompat. Yang melompat ini, tiada ada sorang pun dari kalangan pemimpin muda.
Sebab itu kita minta pimpinan Pakatan Rakyat ambil ini sebagai satu perhatian, sebab di luar sana, ada 4.5 juta rakyat yang belum lagi mendaftar menjadi pengundi.
Pendaftaran pengundi
Mari kita teliti fakta yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) baru-baru ini, di negeri Selangor misalnya ada lebih kurang 41 ribu pengundi yang baru mendaftar, di Perak 35 ribu pengundi baru.
Persoalannya adakah pengundi-pengundi baru ini kita yang usahakan untuk mendaftar? Kalau bukan kerana usaha kita, maka kita akan ada masalah. Memang betul, waktu pilihanraya akan datang kita boleh gerakkan emosi dan semangat rakyat, tetapi kalau semua yang didaftarkan ini di bawah kawalan UMNO-BN, apa jaminan kita akan menang dalam pilihanraya yang akan datang ?
Saudara-saudari yang dikasihi sekalian, Saya ingin menyatakan satu perkara, saya minta rakan-rakan yang muda di dalam dewan ini, mari kita bangun, tunjukkan kepada pimpinan komitmen kita, bersama-sama kita ikrar, menyatakan pendirian pada petang ini. Mari kita bangun. Tunjukkan hasrat dan azam kita, yang mana terasa muda pun boleh bangun.
Kami,
Anak Muda Malaysia,
Berikrar,
Akan pertahankan dasar Pakatan Rakyat
Akan pertahankan Agenda Ketuanan Rakyat
Akan pertahankan Agenda Keadilan untuk Semua
Inilah janji kami
Kita muafakat, rakyat hebat
Kita muafakat, rakyat hebat
Kita muafakat, rakyat hebat
Inilah yang saya sebutkan sebagai ‘The Orange Revolution’. Kalau warna oren sewaktu dulu di Ukraine, boleh menjatuhkankerajaan yang zalim, warna oren di dalam dewan di negeri Selangor ini tentunya nanti akan menjatuhkan kerajaan zalim Umno-BN.
Dari Rakyat untuk rakyat
Datang bersidang cari muafakat
Hasrat murni membawa berkat
Menjunjung tinggi Pakatan Rakyat
(sedutan dari transkrip ucapan saya yang telah diedit untuk kesesuaian pembaca semasa membahaskan dasar Pakatan Rakyat mengenai Pilihanraya bersempena dengan Konvensyen Sulung Pakatan Rakyat pada 18 Disember 2009 yang lalu)
Artikel ini disiarkan dalam akhbar Konsep Era Pakatan bilangan 15 (1-15 Januari 2010)
Kongsi berita ini