Iktibar daripada satu keputusan mahkamah

Nota Kaki bersama Jeff Ooi

BANYAK iktibar yang boleh kita manfaatkan daripada kejadian kebakaran dan pencerobohan gereja ekoran daripada satu keputusan mahkamah tinggi yang memberi restu kepada penggunaan perkataan “Allah” dalam penerbitan keagamaan Katholik. Dalam kemelut tersebut, terdapat iqtibar baik yang perlu dirakamkan untuk makluman awam, dan tidak kurang juga impak yang tenat-buruk buat keharmonian bangsa dalam negara kita.

 

BANYAK iqtibar yang boleh kita manfaatkan daripada kejadian kebakaran dan pencerobohan gereja ekoran daripada satu keputusan mahkamah tinggi yang memberi restu kepada penggunaan perkataan “Allah” dalam penerbitan keagamaan Katholik. Dalam kemelut tersebut, terdapat iqtibar baik yang perlu dirakamkan untuk makluman awam, dan tidak kurang juga impak yang tenat-buruk buat keharmonian bangsa dalam negara kita.
Satu petanda yang baik yang menunjukkan kematangan para pemimpin agama, masyarakat awam dan politik ialah kesanggupan mereka mengawal emosi dan perasaan apabila negara kita menghadapi satu lagi krisis yang memincangkan ketenteraman. Kita telah lihat bagaimana para pemimpin agama Katholik bertungku-lumus mengamankan para penganut mereka supaya tidak melibatkan diri dalam sebarang tindakan balas dendam.
 Jika para penganut Katholik terhilang akal dan membalas dendam dengan mencerobohi atau membakar surau dan masjid, sudah tentu negara kita akan menjadi huru-hara, malah yang menang menjadi arang, yang kalah menjadi debu. Bersyukur kita, perkara macam itu tidak berlaku di Malaysia.
 Seruan bertenang
Oleh yang demikian, saya menyanjungi pernyataan-pernyataan yang dikeluarkan oleh para pemimpin agama yang menyeru penganut mereka untuk memaafkan barang siapa yang telah melancarkan peristiwa-peristiwa membakar dan mencerobohi gereka yang kini telah mencecah lebih kurang 10 kes di seluruh negara.
Dengan nada yang sama, saya juga amat sanjungi para pemimpin daripada Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat yang telah sepakat membidas perbuatan anasir-anasir buruk itu. Ini satu pahala kepada Malaysia sebab setelah merdeka lebih setengah abad, kita kini menjadi lebih matang, lebih bertoleransi, dan lebih memeluki pewacanaan universal.
Sehubungan itu, saya menyanjungi tindakan pantas Perdana Menteri yang telah menganugerahkan geran istimewa sebanyak RM800,000 untuk memulihkan salah satu gereja yang telah dirobohkan oleh sekumpulan pengkhianat yang kini masih belum ditahan. 
Jika 1Malaysia benar-benar membawa makna, maka Perdana Menteri sendirilah yang wajib memikul beban terbesar untuk melunaskan apa tindakan “quick fix” supaya keadaan anti-Katholik tidak berakar-umbi di Malaysia.
Satu lagi iqtibar baik yang harus saya rakamkan ialah kesukarelawanan para petugas Islam yang meluangkan masa untuk meronda dan memantau di sekitar kawasan beribadat bukan-Islam. Biarpun inisiatif ini hanya tertumpu di segelintir kawasan sensitif di Lembah Klang, saya masih anggap semangat setia-kawan ini haru diberi peluang untuk bersemi di seluruh negara. Hanya dengan menyemaikan semangat toleransi yang meluhurkan kehendak dan prinsip-prinsip Rukunegara, iaitu 1 ) Kepercayaan Kepada Tuhan; 2 ) Kedaulatabn Undang-Undang; dan 3 ) Kesopanan dan Kesusilaan – barulah dapat kita dikebalkan daripada ancaman perkecaian perpaduan yang biasa melanda dan melunturkan banyak negara berbudaya majmuk.
Oleh itu, kita harus bersyukur kerana dengan limpah kurnia dari Tuhan maka kita terselindung daripada malapetaka rusuhan yang lebih buruk. Langkah susulan kita setelah ancaman besar dapat dibendung ialah persoalan betapa pula ingin kita mengorak langkah untuk membuat kerja-kerja “repair work” agar dapat dipulih luka-luka yang terjadi ekoran daripada peristiwa-peristiwa  itu.
Kelemahan keselamatan 
Sebenarnya, terdapat banyak kelemahan yang terbukti berlaku pada badan-badan pembanteras jenayah dan agensi-agensi perisik. Dengan kata lain, kita amat kecewa dengan prestasi Polis DiRaja Malaysia and agensi perisik dibawah naungan PDRM, yakni Cawangan Khas.
PDRM bukan satu pasukan beruniform pencegah jenayah yang mentah. Sejarah penubuhan PDRM kini mencecah abad, dan seluruh anggota kanan PDRM telah teruji dalam banyak krisis negara, termasuk zaman darurat 1948-60, zaman Konfrontasi 1963, Peritiwa 13 Mei dan banyak lagi. Dengan peredaran zaman dan kemasukan teknologi tinggi membanteras jenayah, kenapa pula kali ini PDRM kelihatan lembab, lambat dan koman dalam mengalahkan perusuh-perusuh yang terlibat dalam peristiwa-peristiwa membakar gereja tersebut?
Jika kita membuat carian Google mengenai kes-kes kebarakan gereja minggu lepas, dengan menggunakan “keyword” seperti “burning of churches Malaysia”, maka kita dipulangkan dengan lebih 200,000 artikel online mengenai kecelakaan yang terkini ini. Maksudnya, Malaysia telah buat malu di depan khalayak online di dalam satu moden yang tanpa sempadan ini.
Ini juga sudah pasti telah menimbulkan kesangsian para diplomat dan komuniti pelabur negara asing, terutama mereka yang berasal daripada dunia barat yang menganuti agama Katholik atau Kristian. Mereka turut mempersoalkan sama ada kehadiran warga mereka di Malaysia serta pelaburan dana mereka di negara kita terjamin. Oleh itu, tidak hairanlah kenapa komuniti kedutaan tekah melemparkan soalan-soalan tajam terhadap Kementerian Dalam Negeri kita supaya jaminan yang setimpal dapat diperolehi.
Namun begitu, menurut apa yang disarankan kepada saya, para warga kedutaan asing masih terpinga-pinga kenapa pengkhianat yang terlibat dalam peristiwa-peristiwa kebakaran dan pencerobohan gereja itu masih belum dijerat. Jadi, saya juga ingin hendak tanya apakah yang terjadi kepada kecekapan Cawangan Khas sebagai cawangan “national security intelligence”. Jika mereka cekap dan amanah, apa yang terselindung sehingga para pengkhianat yang terlibat masih belum dihadapkan untuk hukuman mengikut lunas-lunas perundangan dan keselamatan Negara?
Seperti pepatah Melayu: Benda yang baik biarlah kita teladankan. Perbuatan buruk biarlah kita sempadankan. Ambil iqtibarlah wahai tuan-tuan besar di PDRM dan Kementerian Dalam Negeri. Malaysia harus kental ada jentera-jentera anti-jenayah yang lemas.

 

BANYAK iqtibar yang boleh kita manfaatkan daripada kejadian kebakaran dan pencerobohan gereja ekoran daripada satu keputusan mahkamah tinggi yang memberi restu kepada penggunaan perkataan “Allah” dalam penerbitan keagamaan Katholik. Dalam kemelut tersebut, terdapat iqtibar baik yang perlu dirakamkan untuk makluman awam, dan tidak kurang juga impak yang tenat-buruk buat keharmonian bangsa dalam negara kita.

Satu petanda yang baik yang menunjukkan kematangan para pemimpin agama, masyarakat awam dan politik ialah kesanggupan mereka mengawal emosi dan perasaan apabila negara kita menghadapi satu lagi krisis yang memincangkan ketenteraman. Kita telah lihat bagaimana para pemimpin agama Katholik bertungku-lumus mengamankan para penganut mereka supaya tidak melibatkan diri dalam sebarang tindakan balas dendam.

Jika para penganut Katholik terhilang akal dan membalas dendam dengan mencerobohi atau membakar surau dan masjid, sudah tentu negara kita akan menjadi huru-hara, malah yang menang menjadi arang, yang kalah menjadi debu. Bersyukur kita, perkara macam itu tidak berlaku di Malaysia.

Seruan bertenang

Oleh yang demikian, saya menyanjungi pernyataan-pernyataan yang dikeluarkan oleh para pemimpin agama yang menyeru penganut mereka untuk memaafkan barang siapa yang telah melancarkan peristiwa-peristiwa membakar dan mencerobohi gereka yang kini telah mencecah lebih kurang 10 kes di seluruh negara.

Dengan nada yang sama, saya juga amat sanjungi para pemimpin daripada Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat yang telah sepakat membidas perbuatan anasir-anasir buruk itu. Ini satu pahala kepada Malaysia sebab setelah merdeka lebih setengah abad, kita kini menjadi lebih matang, lebih bertoleransi, dan lebih memeluki pewacanaan universal.

Sehubungan itu, saya menyanjungi tindakan pantas Perdana Menteri yang telah menganugerahkan geran istimewa sebanyak RM800,000 untuk memulihkan salah satu gereja yang telah dirobohkan oleh sekumpulan pengkhianat yang kini masih belum ditahan. Jika 1Malaysia benar-benar membawa makna, maka Perdana Menteri sendirilah yang wajib memikul beban terbesar untuk melunaskan apa tindakan “quick fix” supaya keadaan anti-Katholik tidak berakar-umbi di Malaysia.

Satu lagi iqtibar baik yang harus saya rakamkan ialah kesukarelawanan para petugas Islam yang meluangkan masa untuk meronda dan memantau di sekitar kawasan beribadat bukan-Islam. Biarpun inisiatif ini hanya tertumpu di segelintir kawasan sensitif di Lembah Klang, saya masih anggap semangat setia-kawan ini haru diberi peluang untuk bersemi di seluruh negara. Hanya dengan menyemaikan semangat toleransi yang meluhurkan kehendak dan prinsip-prinsip Rukunegara, iaitu 1 ) Kepercayaan Kepada Tuhan; 2 ) Kedaulatabn Undang-Undang; dan 3 ) Kesopanan dan Kesusilaan – barulah dapat kita dikebalkan daripada ancaman perkecaian perpaduan yang biasa melanda dan melunturkan banyak negara berbudaya majmuk.

Oleh itu, kita harus bersyukur kerana dengan limpah kurnia dari Tuhan maka kita terselindung daripada malapetaka rusuhan yang lebih buruk. Langkah susulan kita setelah ancaman besar dapat dibendung ialah persoalan betapa pula ingin kita mengorak langkah untuk membuat kerja-kerja “repair work” agar dapat dipulih luka-luka yang terjadi ekoran daripada peristiwa-peristiwa  itu.


Kelemahan keselamatan

Sebenarnya, terdapat banyak kelemahan yang terbukti berlaku pada badan-badan pembanteras jenayah dan agensi-agensi perisik. Dengan kata lain, kita amat kecewa dengan prestasi Polis DiRaja Malaysia and agensi perisik dibawah naungan PDRM, yakni Cawangan Khas.PDRM bukan satu pasukan beruniform pencegah jenayah yang mentah. Sejarah penubuhan PDRM kini mencecah abad, dan seluruh anggota kanan

PDRM telah teruji dalam banyak krisis negara, termasuk zaman darurat 1948-60, zaman Konfrontasi 1963, Peritiwa 13 Mei dan banyak lagi. Dengan peredaran zaman dan kemasukan teknologi tinggi membanteras jenayah, kenapa pula kali ini PDRM kelihatan lembab, lambat dan koman dalam mengalahkan perusuh-perusuh yang terlibat dalam peristiwa-peristiwa membakar gereja tersebut?

Jika kita membuat carian Google mengenai kes-kes kebarakan gereja minggu lepas, dengan menggunakan “keyword” seperti “burning of churches Malaysia”, maka kita dipulangkan dengan lebih 200,000 artikel online mengenai kecelakaan yang terkini ini. Maksudnya, Malaysia telah buat malu di depan khalayak online di dalam satu moden yang tanpa sempadan ini.

Ini juga sudah pasti telah menimbulkan kesangsian para diplomat dan komuniti pelabur negara asing, terutama mereka yang berasal daripada dunia barat yang menganuti agama Katholik atau Kristian. Mereka turut mempersoalkan sama ada kehadiran warga mereka di Malaysia serta pelaburan dana mereka di negara kita terjamin. Oleh itu, tidak hairanlah kenapa komuniti kedutaan tekah melemparkan soalan-soalan tajam terhadap Kementerian Dalam Negeri kita supaya jaminan yang setimpal dapat diperolehi.

Namun begitu, menurut apa yang disarankan kepada saya, para warga kedutaan asing masih terpinga-pinga kenapa pengkhianat yang terlibat dalam peristiwa-peristiwa kebakaran dan pencerobohan gereja itu masih belum dijerat. Jadi, saya juga ingin hendak tanya apakah yang terjadi kepada kecekapan Cawangan Khas sebagai cawangan “national security intelligence”. Jika mereka cekap dan amanah, apa yang terselindung sehingga para pengkhianat yang terlibat masih belum dihadapkan untuk hukuman mengikut lunas-lunas perundangan dan keselamatan Negara?

Seperti pepatah Melayu: Benda yang baik biarlah kita teladankan. Perbuatan buruk biarlah kita sempadankan. Ambil iqtibarlah wahai tuan-tuan besar di PDRM dan Kementerian Dalam Negeri. Malaysia harus kental ada jentera-jentera anti-jenayah yang lemas.

 

Artikel ini disiarkan dalam akhbar Konsep Era Pakatan bil. 15 (19/1/2010-4/2/2010)

Kongsi berita ini

del.icio.us Favicon Digg Favicon Facebook Favicon Google Favicon LinkedIn Favicon StumbleUpon Favicon TwitThis Favicon

Komen Pembaca