Cukai GST : Bermula 4 peratus, berakhir dengan 10 peratus?
Dr. Dzulkifly Ahmad Menulis
SEBAGAI ahli Pasukan Petugas Pakatan Rakyat Menentang-GST, saya di sini memberi ulasan kepada sepucuk surat yang ditulis oleh seorang Akauntan Pencukaian (yang tidak dinamakan) dari Melaka dalam ruangan Views dalam akhbar harian The Star, Khamis, 24 Disember 2009.

Beliau membuat rumusan yang lengkap terhadap perdebatan sengit berkenaan topik GST dengan memberi tajuk suratnya : Kami tidak perlukan GST untuk meningkatkan pendapatan negara.
Apa yang saya faham mengenai hujahan yang bernas, jitu dan padat (selain daripada rungutan mengenai ketirisan dalam penggunaan dana kerajaan) tetapi tidak melibatkan Akta GST tersebut, beliau ingin mendapat penjelasan adakah GST akan menggantikan sistem pencukaian masa kini yang dikenakan oleh kerajaan melibatkan Cukai Ke Atas Jualan dan Perkhidmatan (Sales and Services Tax) (SST)?
Akta GST
Sebagaimana yang kita faham, dalam nota penerangan disebut bahawa Akta GST, akan menggantikan Akta Cukai Jualan 1972 dan Akta Cukai Perkhidmatan 1975. Namun, tidak tertulis di mana-mana pun dalam Akta GST bahawa ia menggantikan duti Kastam dan Duti Eksais. Urusan yang akan dikenakan cukai termasuklah perniagaan, perdagangan, pekerjaan, vokasional atau lain-lain aktiviti yang sama sepertinya samada untuk mendapat keuntungan wang atau tidak.
Akta GST tersebut juga menerangkan bahawa tidak seperti cukai jualan yang sedia ada, yang mana ia adalah cukai pada satu tahap sahaja, GST mempunyai banyak tahap (multi-stage tax). Iaitu bayaran cukai dibuat oleh pihak perantaraan dari tahap ke tahap; dari proses pengeluaran hinggalah ke proses pengedaran.
GST akan meliputi semua sektor industri dan ia adalah cukai pada tahap akhir penggunaan barangan dan perkhidmatan. Cukai GST dipungut melalui satu sistem kredit yang rumit. Di mana GST yang dialami ke atas input akan disamaratakan (offset) oleh GST yang dikenakan ke atas output.
Secara ringkas, cukai input adalah cukai yang dikenakan ke atas barangan dan perkhidmatan yang harus dicukai dan yang wajib dibayar cukai oleh seseorang yang patut dikenakan bayaran cukai ke atas barangan yang diimport.
Cukai output pula bermakna segala cukai yang dikenakan ke atas barangan dan perkhidmatan dalam usaha seseorang memajukan perniagaannya di Malaysia. Seseorang yang dikenakan cukai ialah seseorang yang telah didaftarkan dibawah Akta GST tersebut atau seseorang yang patut dan akan didaftar di bawah Akta GST.
Jika output melebihi input, sesebuah syarikat itu mesti membayar perbezaannya kepada kerajaan. Jika input melebihi output, sesebuah syarikat itu boleh meminta pembayaran balik (refund).
Peningkatan harga
Pakar perunding dalam bidang pencukaian meramalkan bahawa akan terdapat peningkatan harga dalam sesetengah barangan, sementara akan terdapat pula barangan yang akan mengalami penurunan harga oleh kerana pengeluar mungkin dapat penjimatan melalui cukai atas input perantaraan dan akan memberi penjimatan ini kepada para pengguna. Teori ini belum pernah dibuktikan benar dan akan mustahil untuk dibuktikan benar di Malaysia.
Pada kadar 4 peratus pada permulaannya, GST tentulah lebih rendah dari kadar cukai 5 peratus yang kini dikenakan ke atas perkhidmatan dan dengan ketaranya adalah lebih rendah dari kadar 10 peratus yang dikenakan ke atas cukai jualan yang ada sekarang.
Mungkin adalah benar bahawa kadar 4 peratus GST yang lebih rendah ini akan disamaratakan (offset) oleh tapak kaki GST yang merangkumi bidang yang lebih luas dan juga pemungutan cukainya di seluruh rangkaian pembekalan jika dibanding dengan cukai yang dipungut pada tahap pembuatan atau pengimportan dalam Cukai Ke Atas Jualan Dan Perkhidmatan (Sales and Services Tax) yang wujud sekarang.
Tetapi dengan mengambil pertimbangan bahawa Akta GST telah memperuntukan kuasa yang besar kepada Menteri seperti yang dinyatakan dalam Klausa 10(2) a dan b, Bahagian III untuk menetapkan kadar cukai atau mengubahnya maka tak lama lagi kadar GST akan naik sehingga melebihi 10 peratus seperti yang dirujuk sepintas lalu oleh Akauntan Pencukaian dari Melaka itu.
Peningkatan GST
Negara-negara yang telah melaksanakan GST telah pun meningkatkan kadar GST mereka kepada 10 peratus seperti yang dialami Singapura, Australia dan Indonesia; 17.5 % di UK; 20 % di Austria dan 17 % hingga 25 % di Brazil. Kami ingin bertanya apa yang boleh menghalang kerajaan jika kerajaan ingin menaikkan kadar cukai.
Pasukan Petugas Pakatan Rakyat Menentang-GST menegaskan bahawa kami tidak menentang cukai itu jika diambil-kira GST dengan tersendirinya. Walaupun GST ini adalah regresif, kerajaan boleh membenarkan banyak barangan untuk dikecualikan cukai. Butir-butiran ini belum dapat diperolehi dan tidak dinyatakan dalam Akta GST.
Namun begitu, kenyataan menteri bahawa semua orang akan mendapat penjimatan iaitu golongan berpendapatan rendah, golongan berpendapatan tinggi, pengekspot dan pengusaha kononnya akan dapat berjimat sebanyak RM5.4 billion adalah terlalu ‘menakjubkan’ sekali. Selain daripada itu terdapat pula penambahan RM1 billion hasil yang dipungut dari GST oleh kerajaan dalam perlancarannya pada tahun yang pertama. Siapakah yang Menteri itu yang cuba memperdaya?
Membebankan marhaen
Walaubagaimanapun, pokok bantahan kami ialah GST ini akan membebankan golongan berpendapatan rendah hinggalah golongan berpendapatan sederhana. Para perunding profesonal telah memberi amaran mengenai ‘grey areas’ berkaitan dengan perlaksanaan sistem pencukaian ini dan impaknya yang akan melibatkan para pengguna terutamanya dari golongan berpendapatan rendah (The Edge, Financial Daily, December 17, 2009, Yong Min Wei and Sharon Tan).
Kami ingin mengingatkan kerajaan bahawa menurut Bank Dunia, di antara tahun 1994 hingga 2007, gaji benar (real wages) mengalami pertumbuhan hanya sebanyak 2.6 peratus dalam sektor domestik dan 2.8 peratus dalam sektor eksport dan ini adalah satu kadar yang rata selama jangkamasa 13 tahun tersebut.
Tanda-tanda pertumbuhan ekonomi yang rendah boleh dilihat di sekitar Malaysia. Gaji tidak meningkat dan kos menampung kehidupan (cost of living) kian meningkat. Juga tidak terdapat banyak kemajuan dalam langkah untuk menjadi satu ekonomi yang berteraskan pengetahuan dan perkhidmatan.
Kami meminta kerajaan untuk melengahkan perlaksanaan GST untuk membenarkan peningkatan gaji benar dan penambahan golongan yang berpendapatan sederhana dan golongan yang berpendapatan tinggi. Kami juga tidak mahu berganjak dari pendirian kami bahawa kerajaan harus menghentikan ketirisan dana melalui kegiatan-kegiatan kronisme dan nepotisme yang boleh dikatakan dengan jelasnya adalah amalan rasuah.

Artikel ini telah disiarkan dalam akhbar Konsep Era Pakatan Bil. 15 (19/1/2010 - 4/2/2010)
Kongsi berita ini