YBK Pahang Ditutup

Tuesday, 09 February 2010 2:29 PM Oleh Roziyah Mahamad (.(JavaScript must be enabled to view this email address))

 

KUALA LUMPUR : Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) Pahang dilaporkan telah ditutup sekian lama tanpa ada sebarang penjelasan yang khusus mengenai perkara ini
"Kita semua tahu tujuan YBK adalah untuk membasmi kemiskinan tetapi yang menjadi kemuskilannya bagaimana ia boleh ditutup," jelas Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail ketika dihubungi Era Pakatan.com. 
Menurut beliau, dalam laporan audit juga menunjukkan tiada sebarang sumber untuk YBK di Pahang. 
"Kita akan meminta penjelasan dari Menteri Besar Pahang mengenai perkara ini dan sekiranya tiada sebarang maklum balas kita akan membuat laporan polis mengenai perkara ini," tegas beliau. 
Bagi beliau tindakan ini benar-benar menimbulkan kemuskilan dan menimbulkan persoalan kepada semua pihak kenapa YBK Pahang ditutup begitu sahaja. 
Sebelum ini, Kerajaan Negeri Selangor mahu YBK Selangor  mendedahkan maklumat semua bantuan yang telah diterima daripada Kerajaan Negeri semenjak yayasan itu ditubuhkan.
Ini adalah kerana laporan kewangan yayasan tersebut yang dipaparkan di dalam laman web rasminya tidak memberi maklumat penuh berkenaan harta dan wang yang telah diberi oleh Kerajaan Negeri Selangor.
 

KUALA LUMPUR : Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) Pahang dilaporkan telah ditutup sekian lama tanpa ada sebarang penjelasan yang khusus mengenai perkara ini.

"Kita semua tahu tujuan YBK adalah untuk membasmi kemiskinan tetapi yang menjadi kemuskilannya bagaimana ia boleh ditutup," jelas Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail ketika dihubungi Era Pakatan.com. 

Menurut beliau, dalam laporan audit juga menunjukkan tiada sebarang sumber untuk YBK di Pahang. 

"Kita akan meminta penjelasan dari Menteri Besar Pahang mengenai perkara ini dan sekiranya tiada sebarang maklum balas kita akan membuat laporan polis mengenai perkara ini," tegas beliau. 

Bagi beliau tindakan ini benar-benar menimbulkan kemuskilan dan menimbulkan persoalan kepada semua pihak kenapa YBK Pahang ditutup begitu sahaja. 

Sebelum ini, Kerajaan Negeri Selangor mahu YBK Selangor  mendedahkan maklumat semua bantuan yang telah diterima daripada Kerajaan Negeri semenjak yayasan itu ditubuhkan.

Ini adalah kerana laporan kewangan yayasan tersebut yang dipaparkan di dalam laman web rasminya tidak memberi maklumat penuh berkenaan harta dan wang yang telah diberi oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Kongsi berita ini

del.icio.us Favicon Digg Favicon Facebook Favicon Google Favicon LinkedIn Favicon StumbleUpon Favicon TwitThis Favicon

Komen Pembaca

 

Polls