KUALA LUMPUR : Mahkamah Persekutuan hari ini menolak rayuan Datuk Seri Nizar Jamaluddin sekali gus mengekalkan Datuk Seri Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar (MB) Perak yang sah.
Terdahulu, sekitar jam 11.00 pagi tadi pihak mahkamah menyatakan tidak ada keperluan di dalam Perlembagaan Negeri yang memerlukan undi tidak percaya dilakukan di dalam dewan undangan negeri.
Kira-kira jam 11.05 pagi Mahkamah Persekutuan mendapati "Dalam kes ini, tidak syak lagi bahawa Zambry Abdul Kadir mempunyai sokongan 31 dari 59 Adun."
Pada 7 Mei tahun lalu, Sidang Dun menjadi kecoh dengan campurtangan lebih 300 orang pasukan keselamatan yang merampas kerusi Speaker lalu mengangkat Sivakumar keluar dewan secara paksa sekali gus melantik Ganesan sebagai Speaker haram kerana tidak memenuhi peruntukan undang-undang yang sedia ada.
Empat hari selepas itu, Mahkamah Tinggi mengisytiharkan Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah kerana mendapati beliau tidak pernah mengosongkan jawatan sebagai Menteri Besar kerana beliau tidak lagi hilang kepercayaan oleh kebanyakan anggota Dewan Undangan Negeri.
Pada 10.30 malam, hari yang sama, Mohammad Nizar berada di depan Istana kinta untuk memohon mengadap bagi mendapat perkenan pembubaran Dun Perak.
Pada malam yang sama, satu Mesyuarat Exco diadakan di kediaman rasmi Mohammad Nizar lalu memutuskan beberapa perkara, antaranya mengantung tugas SUK, Abd. Rahman Hashim dan dipangku sementara oleh Pegawai Kewangan Negeri, Jamaluddin Al-Amini.
Keesokannya, 12 Mei, Mohammad Nizar kembali bertugas di Pejabat Menteri Besar Perak sebelum ini.
Sehingga 3:32 petang ini, undian maya di erapakatan.com menunjukkan bahawa 93.65 peratus (118 undian) telah memihak kepada Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak, manakala baki 6.35 peratus (8 undian) sahaja yang memihak kepada Zambry Abdul Kadir.
Jumlah keseluruhan undian setakat ini adalah 126. Undian itu bertajuk, 'Pada pendapat anda, siapakah bakal Menteri Besar Perak yang sebenar pada 9 Februari ini?'
Nota: Era Pakatan boleh dihubungi melalui 03-61850744 / 0745 (Tel.), 03-61850744 (Faks.), atau menerusi editor@erapakatan.com, editorpakatan@gmail.com (Mel-E).
Kongsi berita ini
sabar le wahai YB NIZAR,semua itu ada hikmahnye.PR perlu kerja keras saat ini hingga PRK13.insyallah PR akan tawan kembali.rakyat perak tetap bersama YB NIZAR. TAKBIR!ALLAHUAKBAR.
By jamal on 2010 02 09
ALHAMDULLILLAH TUHAN ITU MAHA KAYA….WALAUPUN ADA PIHAK YANG MENDOAKAN KEJATUHAN DR. ZAMBRI TETAPI ALLAH TELAH MEMBUKTIKAN PIHAK YANG BENAR….KENAPA ALLAH TIDAK MAKBULKAN DOA NIZAR & PENYOKONG..TANYA LAH DIRI ANDA SENDIRI…..INGAT LAH KITA SEMUA AKAN MATI AKHIR NYA BERTAUBATLAH SEBELUM TERLAMBAT DAN PANGKAT TIDAK BOLEH DI BAWA MATI…..KAMI TETAP MENYOKONG DR ZAMBRY…....
By AFFENDI YUSOFF on 2010 02 09
keputusan yang dibuat tidak semestinya menunjukkan kehendak rakyat perak yang sebenar! kami rakyat perak lebih tahu siapa yang kami inginkan! ALLAHUAKBAR! Tiada langsung keadilan dalam 1Malaysia yang diagung-agungkan!
By paie on 2010 02 09
BiaSALAH HAKIM IKUT TELUNJUK NAJIB RAZAK
By zainuddin on 2010 02 09
MEMANG ALLAH ITU MAHA ADIL SEBAB ITU DIA MENGUJI DNS AGAR BENAR2 MUNAJAT KEPADANYA DAN MENGUJI DSN AGAR MENGETAHUI BENAR2 UJIANNYA KERANA BELUM TENTU YANG DIBERI HARI INI ADA YANG LEBIH BAIK KEMUDIAN HARI.
GERAKKAN TERUS PERJUANGAN RAKYAT DARI SEGALA PERINGKAT TUNJUKKAN SEMUA PEMIMPIN PAKATAN BERKERJA KUAT UNTUK RAKYAT…
By shafiruddin on 2010 02 09