KUALA LUMPUR : Kira-kira jam 11.10 pagi ini pihak pendakwaraya menayangkan rakaman CCTV di layar putih untuk menyambung semula apa yang tidak dapat ditayangkan kelmarin berikutan masalah teknikal membabitkan komputer.
Rakaman tersebut menunjukkan, kereta Mohd Saiful Bukhari yang bewarna merah tua tiba ke kondominium dan klip video itu menunjukkan Mohd Saiful Bukhari kelihatan sedang berkata sesuatu kepada pengawal.
Manakala, rakaman CCTV itu juga dimaklumkan begitu jelas dan tepat.
Kira-kira jam 11.15 pagi, sebuah lagi rakaman yang menunjukkan Saiful meninggalkan bangunan kondominium itu telah dipertontonkan.
kira-kira jam 11.17 pagi, peguam bela, Karpal membantah gambar yang disiarkan di Utusan, namun hakim menyatakan bahawa tiada salahnya pada gambar tersebut.
Mahkamah kira-kira jam 11.20 telah bersiap sedia untuk lawatan buat kali ke-2 ke kondominium Desa Damansara.
Nota: Era Pakatan boleh dihubungi melalui 03-61850744 / 0745 (Tel.), 03-61850744 (Faks.), atau menerusi editor@erapakatan.com, editorpakatan@gmail.com (Mel-E).
Kongsi berita ini