KUALA LUMPUR : Perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini disambung semula pada kira-kira jam 10.00 pagi. Bagaimanapun, setelah mendengar permohonan peguam Anwar, Karpal Singh, mahkamah memutuskan supaya perbicaraan kes tersebut ditunda pada keesokan harinya.
Anwar dan isterinya, Datin Seri Wan Azizah serta dua orang anak perempuannya tiba kira-kira jam 9.25 pagi tadi.
Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dan pemimpin PKR, Chua Jui Meng juga kelihatan masuk ke dalam mahkamah kira-kira jam 9.26 pagi.
Peguam Anwar, Karpal Singh memulakan perbicaraan dengan mengemukakan satu permohonan sebelum memanggil saksi untuk disoal balas. Hakim bersetuju untuk mendengar permohonan Karpal itu.
Karpal memohon supaya hakim menarik diri daripada membicarakan kes tersebut.
Ekoran itu, Hakim Mohd Zabidin Mohd Diah menetapkan keputusan baru untuk mendengar semula permohonan tersebut yang telah difailkan oleh Karpal Singh.
Mahkamah ditangguhkan sehingga jam 9.30 pagi esok.
Mohd Saiful Bukhari Azlan, 25, bekas pembantu peribadi Anwar, adalah saksi pertama yang memberi keterangan di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin.
Anwar Ibrahim, 63, penasihat Parti Keadilan Rakyat dan Anggota Parlimen Permatang Pauh, telah dituduh meliwat Mohd Saiful Bukhari di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
Beliau dituduh mengikut Seksyen 377 B Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan disebat jika disabit kesalahan.
Nota: Era Pakatan boleh dihubungi melalui 03-61850744 / 0745 (Tel.), 03-61850744 (Faks.), atau menerusi editor@erapakatan.com, editorpakatan@gmail.com (Mel-E).
Kongsi berita ini