KUALA LUMPUR : Tenang dan Fokus seterusnya meneruskan perjuangan. Itu seruan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Badrul Hisham Shahrin berhubung serangan Umno/BN terhadap parti itu sejak akhir-akhir ini.
Menurutnya, keluarnya beberapa kerat pemimpin parti itu yang tiada daya juang sebagai satu proses pembersihan dalam PKR menjelang pilihanraya umum akan datang.
Ketua Cabang PKR Rembau itu juga menyifatkan Umno kian dirimbuni ratusan sampah sarap dengan kegemaran mereka mengutip sampah yang terbuang dalam PKR.
“Kita ucapkan syabas dan tahniah kepada Umno kerana suka mengutip sampah yang terbuang dan saya berpandangan ini suatu proses yang sihat dalam PKR,” katanya kepada erapakatan.com ketika dihubungi.
Beliau memberitahu, adalah lebih baik mereka keluar PKR ketika ini dan bukannya menjelang pilihanraya umum akan datang kerana kesannya pasti berbeza.
“Sudah menjadi tabiat Umno mengumpan dan memancing beberapa kerat pemimpin yang tiada daya juang untuk keluar parti dan saya mengucapkan selamatlah pada Umno kerana gemar menyimpan sampah sarap ini," tambah tokoh anak muda itu.
Kongsi berita ini
Dulu, pimpinan PR pun ajak wakil rakyat BN melompat, tapi bila wakil rakyat PKR sendiri yang lompat lain pula komennya.
By Unknown on 2010 03 05
Benarkah apa yang dikata itu gambaran sebenar. Bukankah PKR sendiri adalah parti serpihan Umno dan ahlinya adalah sampah sarap Umno. Apakah perjuangan sebenarnya PKR dan PR?
Adakah ahli dan pemimpin bawahan PKR jelas dengan perjuangan parti tersebut di samping memahami kemenangan yang telah dicapai adalah atas sokongan rakyat? Ini bermakna, perjuangan tersebut telah menjadi aspirasi rakyat dengan undi yang diberi dan bukannya perjuangan perseorangan.
DSAI mempunyai dasar yang jelas dengan berusaha keras sebagaimana kita perhatikan. Walaupun menghadapi berbagai rintangan dan halangan tetapi tetap dengan perjuangan dan beliau menjadi semakin kuat untuk terus berusaha.
Saya percaya, beliau ingin membuktikan bahawa kita semua perlu bersatu dan berusaha kuat jika ingin mencapai kemenangan mutlak.
By Zack A Maaruf on 2010 03 17