Saya sudah hubungi mereka yang akan keluar parti - Zulkifli

Sunday, 07 March 2010 11:00 AM Oleh Masdar Wahid

KUALA LUMPUR : Ahli Parlimen (MP) Kulim-Bandar Baharu, yang dipecat kerana kerap menimbulkan masalah dalam PKR hampir dua tahun yang lalu mendakwa telah menghubungi beberapa ahli dan pemimpin PKR yang akan keluar parti.

Beliau turut mendedahkan angka yang akan keluar parti itu sebagai ‘mengejutkan’.

Berikut merupakan soal jawab wartawan dengan Zulkifli selepas Jawatankuasa Disiplin PKR memecat beliau semalam.

Soalan: Adakah firaun kecil cukup bahaya pada pandangan YB (Yang Berhormat).

Jawapan: Cukup bahaya... bahaya kerana mereka mempunyai agenda untuk mengubah kerangka perlembagaan negara yang akan membabitkan segala institusi yang diiktiraf perlembagaan.

Soalan: Tindakan mereka dilihat berbahaya, adakah kepemimpinan PKR tidak boleh mengawal mereka?

Jawapan: Ya dan saya sedih kerana itu.

Soalan: Apa pula pandangan YB mengenai masa depan PKR?

Jawapan: PKR akan hancur kerana keputusan yang dibuat adalah mengikut kepentingan sendiri.

Ramai lagi tokoh-tokoh yang akan keluar, saya sudah dihubungi mereka dan ia akan berlaku tidak lama lagi. Jumlah yang akan keluar itu adalah amat mengejutkan.

Soalan: Apa pendapat YB mengenai kepemimpinan Anwar sekarang?

Jawapan: Saya rasa Anwar perlu keluar daripada ketaksuban mengejar cita-cita ke Putrajaya tetapi menumpu untuk menguatkan parti, itu kesilapan besar beliau sebab semua perjuangan dalam bentuk ceramah mengejar kepada Putrajaya. Saya rasa ia tidak sepatutnya berlaku.

Soalan: Adakah YB muktamad untuk tidak membuat rayuan?

Jawapan: Saya tidak bercadang untuk membuat rayuan, saya kenal firaun kecil ini, mereka hanya berlakon saja seolah-olah semua proses sudah dibuat.

Soalan: Adakah YB jangka akan dipecat?

Jawapan: Tidak... saya jangka akan dipanggil berhubung ketidakpuasan hati terhadap panel bukan Islam (dalam Jawatankuasa Disiplin).

 

Pemecatan Zulkifli diumumkan oleh Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail pada sidang akhbar di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya semalam.

Turut hadir dalam sidang akhbar itu ialah Timbalan Presiden PKR, Dr. Syed Husin Ali, Naib Presiden, Mustaffa Kamil Ayub, Ketua Penerangan Latheefa Koya dan Pengarah Strategik Tian Chua.

Sehubungan itu, Zulklifi didesak mengosongkan kerusi parlimen Kulim-Bandar Bharu yang dimenanginya atas tiket PKR pada pilihan raya umum 2008.        

Walaupun Zulkifli mendakwa beliau di’hukum’ tanpa diberi peluang membela diri, namun Jawatankuasa Disiplin itu awal-awal lagi membenarkan Zulkifli membuat rayuan dalam tempoh 14 hari dari tarikh dia dipecat.

Sementara itu, mstar melaporkan Zulkifli tidak menolak akan menyertai PAS. Namun, sejak bulan lalu, pimpinan PAS, iaitu Mustafa Ali awal-awal lagi akan menolak permohonan beliau.

Kongsi berita ini

del.icio.us Favicon Digg Favicon Facebook Favicon Google Favicon LinkedIn Favicon StumbleUpon Favicon TwitThis Favicon

Komen Pembaca

Assalamualaikum,

Sekarang ini kita lihat seolah-olah PKR sedang menuju kehancuran. lepas saorang-sorang cuba menonjolkan diri atas dasar perinsip dan perjuangan. Masing-masing cuba cari pltform sendiri sanggup membelakangkan pemimpin yang lebih atas dan kehendak rakyat.

Orang seperti ini bukan pemimpin sebenarnya dia ini tak lebih macam belangkas, langsung tak mahu menghargai bagaimana dulu rakyat memilih beliau hingga boleh berada dipuncak. Saya sebenarnya tak faham apa yang sebenarnya yang menjadi isu kalaulah pasal kalimah Allah apa yang nak digaduhkan sangat biarkan kalimah ini digunakan oleh semua bangsa dalam bentuk apa sekalipun dan selama ini pun setelah 52 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan adakah kalimah Allah itu menjadi ancaman - apakah menjadi urusan umat Islam untuk menjaga nama Allah seperti menjaga Kaabah, kalau sekiranya Kaabah itu dirosakkan oleh sesiapapun umat Islam akan marah tapi kalimah Allah itu ianya terlalu agong dan suci ianya hanya boleh tersimpan dihati dan jiwa umat Islam yang kuat imannya sahaja seperti Bilal yang kena siksa dan berbagai lagi tokoh2 agama yang lain, mereka boleh bakar dan musnahkan nama kalimah Allah tapi dalam hati dan jiwa orang yang beriman ianya tak akan musnah.

Orang yang ada agenda sendiri jangan dipercayai lagi biar ia terjun dengan labunya Yang penting sekarang PKR mesti kuat, mesti kembalikan semula keyakinan rakyat dari semua peringkat. Matlamat mesti satu jatuhkan BN dan bangunkan MALAYSIA Excellent.

By Jasni Othman on 2010 03 07

Inilah golongan pemimpin yang hanya mementingkan diri sendiri. Dulu, bukan main lagi semangat untuk menentang Umno/BN, tetapi apabila rakyat dah beri peluang dan menang kini sesuka hati sahaja beliau mahu meninggalkan perjuangan dan harapan rakyat.

Inilah golongan-golongan pemimpin yang mengecewakan harapan rakyat. Manusia ini tidak punya akal dan pertimbangan sewajarnya sebagai pemimpin. Insya Allah jika tiba masanya kuasa rakyat berubah dan pemerintahan negara berubah rakyat akan menagih semula dosa pemimpin ini untuk diadili seadil-adilnya.

Setiap kali rakyat tertipu setiap kali itulah dendam rakyat akan membara untuk menjahanamkan golongan pemimpin seperti ini. Jika rakyat menjadi keutamaan, maka letaklah jawatan demi menghargai dan menghormati jasa dan pengorbanan rakyat.

Bukan dengan mengekalkan kedudukan dalam masa yang sama menipu parti dan rakyat. Tidakkah ini lebih bangsat namanya. Pergi jahanamlah penipu!

By wan simunjan on 2010 03 08

Setiap orang mempunyai citarasa tersendiri iaitu kemahuan dan kehendak yang berbeza. Walaupun janji dan sumpah telah dimenterai, tapi ia masih boleh dileraikan dengan membuat onar dan masalah supaya orang lain menyatakan kita mempunyai pendapat yang berbeza.

Kita tidak mahu mengakui kesalahan dan kelemahan sendiri kerana itu akan menjatuhkan maruah serta mengaibkan kita. Maka, satu cara yang dirasakan bijak ialah menyatakan orang lain yang bersalah dan mengungkit kelemahan mereka. Bijakkah kita dengan memperbodohkan orang lain?

Sebenarnya, kita menunjukkan kebodohan dan kejahilan kita terhadap orang lain. Kita berasa diri kita cukup bijak tapi sebenarnya dayus. Tidak berani menerima kenyataan dan cuba mengambil kesempatan ke atas apa yang sedang berlaku. Kesenangan dan kemenangan yang diperolehi adalah bersifat sementara dan akhirnya akan memakan diri sendiri.

Insaflah, dan perbaikilah diri sendiri supaya menjadi insan yang mulia disisiNya. Jangan menghalalkan cara dan menunding jari kepada orang lain. Jika berasakan diri sudah tidak mampu memikul tanggungjawab yang rakyat berikan, maka serahlah semula kepada rakyat untuk menentukan masa depan mereka dengan cara mereka.

By Zack A Maaruf on 2010 03 16

 

Polls