PR Melaka kesal usul utama ditolak

Friday, 05 March 2010 4:31 PM Oleh Roziyah Mahamad (.(JavaScript must be enabled to view this email address))

KUALA LUMPUR : Pakatan Rakyat Melaka kesal dengan tindakan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang awal-awal lagi menolak usul utama yang dibawa oleh Adun Pakatan Rakyat (PR) negeri itu pada persidangan yang bakal berlangsung isnin hingga khamis ini. 
"Antara usul yang dikemukakan ialah mendesak Ketua Menteri dan Exco-Exco kerajaan negeri mengistiharkan harta masing serta menggesa kerajaan negeri memperincikan perancangan membina pulau buatan yang dinamakan Pulau Jalur Gemilang," jelas Ketua Penerangan PAS Melaka, Sofi Wahab dalam kenyataan media yang dihantar kepada Erapakatan.com.
Menurut beliau, Usul-usul yang dikemukan  oleh Adun PR itu telah dihantar kepada Setiausaha Dun mengikut syarat-syarat yang ditetapkan tetapi malangnya jawapan yang diterima amat mengecewakan apabila usul tersebut ditolak dengan tiada alasan yang kukuh. 
"Tindakan Dun Melaka menolak usul-usul itu jelas membuktikan kerajaan negeri tidak demokratik dan membelakangkan kepentingan rakyat kerana semua soalan yang dikemukakan oleh Adun PR adalah berkaitan dengan kepentingan rakyat.
"Persoalannya mengapa kerajaann negeri takut untuk menjelaskan isu yang dibangkitkan jika mereka telus dan profesional, berani kerana benar, takut kerana salah," tegas beliau. 
Bagi beliau, rakyat juga berhak mengetahui kekayaan Ketua Menteri dan Exco-Exco kerana jika didapati kekayaan mereka tidak munasabah dan sepadan dengan pendapatan mereka, maka sudah pasti rakyat akan berasa sangsi dengan integriti pemimpin mereka.
"Saya dan rakyat Melaka berhak mengetahu semua perancangan dan projek-projek yang dijalankan oleh kerajaan kerana ianya melibatkan duit rakyat sebagai pembayar cukai. 
"Sebagai rakyat kita tidak mahu kerajaan negeri membelanjakan duit rakyat dengan sewenang-wenangnya tanpa dipertanggungjawabkan," jelas beliau lagi. 
Sofi berkata, pemimpin yang diberikan amanah memimpin negeri oleh rakyat mesti membebaskan diri mereka daripada tuduhan dan syak wasangka rakyat dengan mengistiharkan harta mereka secara jujur dan telus. 
"Tindakan DUN Melaka menolak Usul yang melibatkan kepentingan rakyat khususnya berkait dengan kewangan dan juga integriti pemimpin menyebabkan rakyat terus memandang serong kepada pemimpin. 
"Ini perlu dibetulkan dengan pemimpin sendiri menjelaskannya secara terperinci di dalam DUN," tegas beliau.
KUALA LUMPUR : Pakatan Rakyat (PR) Melaka kesal dengan tindakan Dewan Undangan Negeri (Dun) yang awal-awal lagi menolak usul utama yang dibawa Adun Pakatan Rakyat (PR) negeri itu dalam persidangan yang bakal berlangsung pada Isnin sehingga Khamis ini.
"Antara usul yang dikemukakan ialah mendesak Ketua Menteri dan Exco-Exco kerajaan negeri mengistiharkan harta masing serta menggesa kerajaan negeri memperincikan perancangan membina pulau buatan yang dinamakan Pulau Jalur Gemilang," jelas Ketua Penerangan PAS Melaka, Sofi Wahab dalam kenyataan media yang dihantar kepada Erapakatan.com.
Menurut beliau, Usul-usul yang dikemukan  oleh Adun PR itu telah dihantar kepada Setiausaha Dun mengikut syarat-syarat yang ditetapkan tetapi malangnya jawapan yang diterima amat mengecewakan apabila usul tersebut ditolak dengan tiada alasan yang kukuh. 

"Tindakan Dun Melaka menolak usul-usul itu jelas membuktikan kerajaan negeri tidak demokratik dan membelakangkan kepentingan rakyat kerana semua soalan yang dikemukakan oleh Adun PR adalah berkaitan dengan kepentingan rakyat.

"Persoalannya mengapa kerajaann negeri takut untuk menjelaskan isu yang dibangkitkan jika mereka telus dan profesional, berani kerana benar, takut kerana salah," tegas beliau. 

Bagi beliau, rakyat juga berhak mengetahui kekayaan Ketua Menteri dan Exco-Exco kerana jika didapati kekayaan mereka tidak munasabah dan sepadan dengan pendapatan mereka, maka sudah pasti rakyat akan berasa sangsi dengan integriti pemimpin mereka.

"Saya dan rakyat Melaka berhak mengetahu semua perancangan dan projek-projek yang dijalankan oleh kerajaan kerana ianya melibatkan duit rakyat sebagai pembayar cukai. 

"Sebagai rakyat kita tidak mahu kerajaan negeri membelanjakan duit rakyat dengan sewenang-wenangnya tanpa dipertanggungjawabkan," jelas beliau lagi. 

Sofi berkata, pemimpin yang diberikan amanah memimpin negeri oleh rakyat mesti membebaskan diri mereka daripada tuduhan dan syak wasangka rakyat dengan mengistiharkan harta mereka secara jujur dan telus. 

"Tindakan DUN Melaka menolak Usul yang melibatkan kepentingan rakyat khususnya berkait dengan kewangan dan juga integriti pemimpin menyebabkan rakyat terus memandang serong kepada pemimpin.
"Ini perlu dibetulkan dengan pemimpin sendiri menjelaskannya secara terperinci di dalam DUN," tegas beliau.

Kongsi berita ini

del.icio.us Favicon Digg Favicon Facebook Favicon Google Favicon LinkedIn Favicon StumbleUpon Favicon TwitThis Favicon

Komen Pembaca

 

Polls