Pemukiman PR Mac, kami sedia serang balas - Azmin Ali

Tuesday, 09 February 2010 3:00 PM Oleh Masdar Wahid (.(JavaScript must be enabled to view this email address))

KUALA LUMPUR : Serangan bertali arus Barisan Nasional ke atas pentadbiran di negeri-negeri Pakatan Rakyat (PR) khasnya di Pulau Pinang dan Selangor sejak akhir-akhir ini akan dihadapi sebaik mungkin melalui program Pemukiman Pakatan Rakyat (PPR) yang dijangka bermula Mac depan.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali, berkata, tujuan pemukiman itu bagi berhadapan dengan pelbagai perkara yang mencabar PR dan negeri-negeri selain mengatur strategi untuk menanganinya.

Menurutnya, permukiman pertama PR akan diadakan pada 7 Mac depan di Selangor dan diikuti permukiman peringkat kebangsaan sama ada pada 10 Mac atau 16 Mac di Pulau Pinang.   

"Kami perlu menyiapkan diri untuk bertindak balas," katanya yang juga Ahli Parlimen Gombak.

Terdahulu, PR yang memerintah di Kelantan, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah diserang satu persatu dari segenap penjuru sejak beberapa bulan lalu.

Bermula di Kelantan, Menteri Besarnya, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nikmat diserang bermula dari isu Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) sehinggalah isu tajaan haji yang dilihat lebih kepada propaganda BN untuk mengalihkan isu royalti minyak di negeri itu.

Serangan BN itu akhirnya pudar apabila Ahli Parlimen BN sendiri, Tengku Razaleigh Hamzah mengambil sikap bersama PAS dan PR dalam memperjuangkan royalti minyak yang menjadi hak rakyat Kelantan.

Malah, Tengku Razaleigh bersetuju mengetuai Kaukus Royalti Minyak Kelantan yang dicadangkan PR selain mahu ia diperluaskan melibatkan hak rakyat di Terengganu, Sabah dan Sarawak.

BN yang terkejut dengan tindakan berani pimpinan veteran Umno itu, kemudiannya cuba menyerang Selangor dengan memanipulasi isu Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) di negeri itu dengan mendakwa kononnya MB Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mementingkan kuasa.

Namun begitu, dalam masa yang sama Pengerusi YBK yang juga ahli Umno, Zainal Abidin Sakom enggan mendedahkan aliran wang yayasan itu secara telus.

Di Pulau Pinang (PP), Umno-BN pula memanipulasi isu perkauman kononnya Melayu di negeri itu tertindas di bawah pemerintahan DAP.

Umno-BN juga memanipulasi secara maksima isu itu dengan bantuan medianya.

Anehnya, media itu bersama pemimpin Umno tidak mempedulikan hal peminggiran dan penjualan aset dan tanah orang Melayu selama Umno-BN memerintah PP sejak puluhan tahun lalu.

Rekod sebelum ini menunjukkan bahawa sepanjang menjadi kerajaan bersama MCA, MIC dan Gerakan di negeri itu, Umno pernah diangkat sebagai Timbalan Ketua Menteri sekali gus memiliki suara paling ramai dalam Dun di negeri itu.

Sehubungan itu, diharapkan dengan pemukiman PR itu nanti, semua penyokong PR akan menghadam sebaik mungkin maklumat dan pesanan pimpinan PR dalam menghadapi segala serangan BN ke atas pentadbiran P,R selain berusaha memantapkan agensi penerangan di setiap bahagian di negeri itu.

Bagi Kedah pula, media Umno-BN dilihat kehabisan isu ketika menyerang negeri itu sehingga terpaksa memainkan isu yang remeh; sampah untuk menyerang pentadbiran Azizan Abdul Razak.

Nota: Era Pakatan boleh dihubungi melalui 03-61850744 / 0745 (Tel.), 03-61850744 (Faks.), atau menerusi editor@erapakatan.com, editorpakatan@gmail.com (Mel-E).

Kongsi berita ini

del.icio.us Favicon Digg Favicon Facebook Favicon Google Favicon LinkedIn Favicon StumbleUpon Favicon TwitThis Favicon

Komen Pembaca

 

Polls