KUALA LUMPUR : Seorang peguam muda kini disahkan telah memimpin sayap terpenting dalam Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sarawak berkuatkuasa pada awal Januari lalu.
Ahmad Nazib Johari, 34, yang juga seorang peguam syarie berkata, pelantikan itu merupakan suatu amanah yang cukup besar khasnya dalam keadaan negeri itu bakal mengadakan pilihan raya negeri dalam tempoh terdekat ini.
Menurut mantan Setiausaha Agong Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) itu, beliau bertekad akan terus memperkasa AMK Sarawak selain melaksanakan beberapa dasar yang akan diputuskan kelak selepas mesyuarat PKR bersama Majlis Pimpinan Negeri (MPN) pada 16 Januari ini.
"Insya Allah, beberapa dasar akan saya perjelaskan selepas mesyuarat PKR negeri yang dijangka diadakan esok bersama Pengerusi PKR yang baru dilantik, Baru Bian dan pimpinan negeri yang lain pada keesokannya nanti," katanya ketika dihubungi erapakatan.com di sini, hari ini.
Lulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Undang-undang daripada Universiti Malaya (UM) itu menambah, gabungan AMK kali ini terus mengekalkan konsep seperti yang diinginkan PKR iaitu kombinasi pelbagai kaum dalam kepemimpinannya selain bersiap siaga pada bila-bila masa untuk menghadapi pilihan raya negeri yang dijangka diadakan pada tahun ini.
Berikut ialah barisan baru kepimpinan AMK Sarawak.
Ketua AMK :
Ahmad Nazib B. Johari
Timbalan Ketua :
Mark Murau
Naib AMK :
1. Rosli Atol
2. Wong Liong Hing
3. Mohd. Salleh B. Shawkatali
Setiausaha :
Zulhaidah Bt. Hadie @ Suboh
Timbalan Setiausaha :
Suhaizal B. Amin
Bendahari :
Arip B. Ameran
Timbalan Bendahari :
Mohd. Yusof B. Baharuddin
Ketua Penerangan dan Publisiti :
Haizan B. Yaakub
Ahli Jawatan Kuasa :
1. Zaidi B. Amin
2. Sabri B. Hj. Abdul Rahman
3. Peni B. Mahli
4. Hussaini B. Ismail
5. Juita Bt. Su’op
6. Mashitah Bt. Su’op
7. Kung Chin Chin
8. Mohd. Fauzee B. Sapiee
9. Ambrose Badi
10. Andria Imbang
Biro Kebajikan & Ekonomi :
Yusup B. Mohd. Bada
Biro Strategi dan Pilihan Raya:
Azman B. Salleh
Biro Perhubungan Luar :
Benjamin Martin
Biro Keselamatan (Squad AMK) :
Rahmat Idil B. Latip
Kongsi berita ini
Salam Abang Nazib, warga Kpg Bruit sekali lagi menanti kehadiran abang untuk membawa gelombang perubahan di sini. Jika dahulu sebagai peneraju OPKIM UM, kini mereka menanti abang sebagai peneraju AMK SARAWAK. Bantu kami, abang….
By Muhammad Hafiz bin Mustapha on 2010 04 09