Nasir Bukti Umno Parti Perkauman, Dakwa Di Mahkamah

Thursday, 04 February 2010 11:28 AM Oleh Roziyah Mahamad (.(JavaScript must be enabled to view this email address))

KUALA LUMPUR : PAS bertegas untuk mendesak pihak Polis agar melakukan siasatan dan membuat pendakwaan terhadap pegawai khas Perdana Menteri, Datuk Nasir Safar yang terang-terangan menghina kaum India dan Cina di negara ini.
Menurut ketua penerangan, Idris Ahmad, PAS sesekali tidak berkompromi dengan mana-mana pihak yang mempertikaikan hak mana-mana kaum yang sah taraf sebagai warganegara ini. Selagi Umno, MIC dan MCA masih wujud, isu perkauman akan sentiasa menjadi bahan pertikaian.
"PAS melihat tindakan Nasir ini sebagai natijah penglibatannya yang sekian lama bergeluman dengan parti perkauman Umno. Nasir perlu dibicarakan kerana jelas pandangannya itu telah menghina intitusi Perlembagaan negara ini yang menjamin hak setiap warganegara tanpa mengira kaum," jelas beliau dalam kenyataan media yang dihantar kepada Era Pakatan.com.
Idris sebagai berkata, walaupun Nasir menafikan itu pendirian Perdana Menteri (PM), namun jelas PM telah gagal untuk mengajar pegawainya untuk memahami gagasan 1 Malaysia yang dicanangkannya. Jika Pegawai yang rapat dengan beliau boleh menganggap gagasan itu sebagai remeh, bagaimana rakyat mahu percaya keikhlasan Najib terhadap dasar berkenaan.
"Jika apa yang Nasir lontarkan itu disebut oleh pimpinan Pakatan pasti mereka sudah dipenjarakan dengan akta ISA namun PAS tetap menolak akta ISA dan akta Hasutan dan tetap PAS mahu Nasir didakwa segera di Mahkamah.
"Jika para Blogger yang menghina Institusi Beraja di negara ini bioleh dibicarakan, maka Nasir juga berhak untuk menerima tindakan yang serupa walaupun beliau sudah meletakan jawatan sebagai Pegawai Khas Perdana Menteri," jelas beliau lagi.

Kongsi berita ini

del.icio.us Favicon Digg Favicon Facebook Favicon Google Favicon LinkedIn Favicon StumbleUpon Favicon TwitThis Favicon

Komen Pembaca

Polls