Keputusan PRK UKM tak diubah : Siswa demo lagi!

Friday, 05 February 2010 2:23 PM Oleh Mohd Ali Bakri

KEMASKINI KUALA LUMPUR : Ekoran keputusan Jawatankuasa Rayuan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia yang cenderung enggan mengubah keputusannya, mahasiswa bercadang untuk turun berhimpun sekali lagi selepas solat Jumaat ini.

Pengerusi Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami) Muhammad Hilman Idham berkata, sebelum ini, jawatankuasa tersebut telah bersetuju bahawa telah wujudnya aspek dan unsur penyelewengan dalam PRK lalu.

"Tapi, rayuan itu ditolak kerana penyelewengan itu tidak mengubah keputusan pilihan raya," kata beliau kepada erapakatan.com di sini, hari ini.

Tambah Muhammad Hilman, keputusan penolakan rayuan tersebut akan dihebahkan secara bertulis bermula jam 5:00 petang ini.

"Disebabkan hal itu, kami akan terus membuat perhimpunan selesai solat Jumaat ini," kata beliau.

Laporan lanjut menyusul...

Kongsi berita ini

del.icio.us Favicon Digg Favicon Facebook Favicon Google Favicon LinkedIn Favicon StumbleUpon Favicon TwitThis Favicon

Komen Pembaca

 

Polls