KUALA LUMPUR : Mahasiswa Malaysia tidak sepatutnya dipersalahkan secara keseluruhan apabila timbul isu berhubung mahasiswa itu lesu, kata Sasterawan Negara Dr Anwar Ridhwan dalam suatu sesi dialog sempena seminar dunia penerbitan di Universiti Malaya baru-baru ini.
"Jangan salahkan mahasiswa seratus-peratus. Kita mesti lihat juga terdapat beberapa peraturan yang mengongkong mereka," katanya ketika mengulas soalan seorang peserta yang membuat perbandingan antara mahasiswa Malaysia dan mahasiswa Indonesia dalam beberapa hal tertentu.
Hal kelesuan ini, tambah beliau, telah bermula sejak pendidikan ke atas murid-murid sekolah di peringkat rendah dan menengah lagi.
"Saya melihat teknik pembelajaran di sekolah rendah kita yang tidak begitu kuat dan ada beberapa perkara yang perlu dirombak di peringkat sekolah menengah juga," tambah Dr Anwar Ridhwan lagi.
Menurut beliau, keadaan mahasiswa hari ini tidak boleh disamakan dengan mahasiswa tahun 1970-an.
"Kerajaan dan Kementerian Pengajian Tinggi perlu melihat masalah ini dengan serius mengenai perancangan mereka ke atas mahasiswa," katanya.
Tambah beliau lagi, cabaran kedua dalam dunia pendidikan hari ini ialah dengan melihat kedudukan kementerian pelajaran dan kementerian pengajian tinggi itu sendiri.
Nota: Era Pakatan boleh dihubungi melalui 03-61850744 / 0745 (Tel.), 03-61850744 (Faks.), atau menerusi editor@erapakatan.com, editorpakatan@gmail.com (Mel-E).
Kongsi berita ini
sememangnya betul & benar sptmana dinyatakan sn dr. anwar. Kita tidak boleh salahkan mahasiswa 100peratus. Tetapi 101 peratus kpd kerajaan. Mahasiswa ‘dibentuk’ & ‘dibeku’ kerana faktor dasar pendidikan yg jumud dan statik. Tidak dinamik.
Akta2 drakonian berkaitan turut mengongkong. Apatah lagi sejak Mahazalim Menteri Pelajaran 1974…Anwar Ridhwan patut dipuji kerana SN setakat ini yg kerap lantang mengkritik secara akademik & telus…berbanding SN tertentu dan lain yg hanya muncul tika pasca 8 mac????
rozan azen amk batu/anak alam
By rozan azen mat rasip on 2010 03 01