KUALA LUMPUR : Kira-kira jam 3.43 petang ini, pendakwa mula memainkan video rakaman CCTV yang dirakam di pintu masuk kondominium Desa Damansara pada 26 Jun 2008.
Mohd Saiful Bukhari, 25, dalam kenyataannya mengesahkan bahawa lelaki di dalam video rakaman CCTV itu adalah dirinya yang sedang menuju ke Aras 5 pada hari kejadian liwat itu dikatakan telah berlaku.
Kira-kira jam 3.55 petang, Pendakwaraya Yusof Zainal Abidin cuba menunjukkan rakaman CCTV di mana Mohd Saiful Bukhari memasuki dan meninggalkan premis dengan keretanya tetapi komputer beliau menghadapi masalah secara tiba-tiba.
Sementara itu, Mohd Saiful Bukhari yang memberi kenyataan pada jam 4.05 petang ini, berkata bahawa selepas dua hari kejadian itu berlaku, beliau telah pergi ke dua buah hospital sebelum mendapatkan pemeriksaan ke hospital Kuala Lumpur (HKL).
Nota: Era Pakatan boleh dihubungi melalui 03-61850744 / 0745 (Tel.), 03-61850744 (Faks.), atau menerusi editor@erapakatan.com, editorpakatan@gmail.com (Mel-E).
Kongsi berita ini