Fitnah Anwar II : Utusan Malaysia Seleweng Berita - Karpal

Thursday, 04 February 2010 3:32 PM Oleh Roziyah Mahamad

KUALA LUMPUR : Kira-kira jam 3 petang tadi Peguam Karpal Singh berhujah dalam perbicaraan dan  menunjukkan tulisan akhbar Utusan Malaysia dengan tajuk 'Tak rela diliwat lagi' di halaman satu dan 'Berhenti kerana tidak mahu diliwat lagi' yang didakwa beliau menyeleweng. 
Beliau juga menyatakan akhbar itu perlu dikenakan tidakan kerana menghina mahkamah.
Pada jam 3.10 petang pula, Pendakwa Yusuf Zainal Abiden pula menyatakan tidak adil untuk mengaitkan laporan Utusan dengan Perdana Menteri (PM) kerana beliau ialah Presiden umno. 
Mahkamah pada jam 3.15 petang kemudiannya berhenti selama 5 minit  untuk membuat keputusan di atas permohonan Karpal untuk mengenakan tindakan ke atas akhbar Utusan kerana menghina mahkamah.

KUALA LUMPUR : Kira-kira jam 3 petang tadi, sesi perbicaraan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim agak tegang apabila peguam Karpal Singh berhujah sambil menunjukkan laporan berita akhbar Utusan Malaysia dengan tajuk 'Tak rela diliwat lagi' di halaman depan dan 'Berhenti kerana tidak mahu diliwat lagi'.

Karpal Singh berkata, bahawa laporan akhbar tersebut telah menyeleweng daripada fakta sebenar. 

Peguam Anwar itu menuntut akhbar tersebut dikenakan tindakan menghina mahkamah kerana kes berkenaan masih berlangsung dalam perbicaraan.

Pada jam 3.10 petang pula, Pendakwa Yusuf Zainal Abiden menyatakan bahawa tidak adil untuk mengaitkan laporan Utusan Malaysia dengan Perdana Menteri (PM) kerana beliau sebenarnya adalah Presiden Umno.

Mahkamah pada jam 3.15 petang ini kemudiannya berhenti selama 5 minit untuk membuat keputusan di atas permohonan Karpal Singh yang mahu mengenakan tindakan ke atas akhbar Utusan Malaysia itu kerana laporan itu didakwa telah menghina mahkamah.

Nota: Era Pakatan boleh dihubungi melalui 03-61850744 / 0745 (Tel.), 03-61850744 (Faks.), atau menerusi editor@erapakatan.com, editorpakatan@gmail.com (Mel-E).

Kongsi berita ini

del.icio.us Favicon Digg Favicon Facebook Favicon Google Favicon LinkedIn Favicon StumbleUpon Favicon TwitThis Favicon

Komen Pembaca